Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, May 30, 2018

Shopee Lancarkan Skuad Selebriti Shopee!

Assalamualaikum/Hai,

Seperti yang korang tau, Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Baru-baru ini, Shopee telah melancarkan inisiatif terbaharunya, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad)yang membolehkan penggunanya mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan mereka. Hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori aplikasi membeli-belah dalam talian di App Store dan Google Play.


“Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyatMalaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja! Sejajar dengan pelancaran ini, kami juga menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di acara pelancaran tersebut.

Menurut Ho lagi, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini. Sebagai platform e-dagang tanpa komisyen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara, terma dagangan kami yang mudah diperkukuhkan dengan ciri-ciri istimewa, sokongan penuh dan capaian ke seluruh negara yang terdapat pada platform Shopee, membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Pada masa akan datang, kami mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu setiap bulan”.

Jom kita tengok barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee:

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin

Jenama: SIMPLYSITI 

YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di rantau ini. Terkenal dengan jolokan ‘Buah Hati Rakyat Malaysia’,YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mencipta nama selepas memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. Minat beliau terhadap bidang kecantikan dan kosmetik telah mendorong beliau untuk menjalankan penyelidikan mendalam untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan mampu milik yang menepati tuntutan Syariah. “Shopee adalah satu platform dalam talian yang hebat kerana memberi kemudahan kepada kedua-dua pihak; pelanggan dan usahawan. Dengan sokongan sistem pembayaran dan logistik, Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan cepat,” kata penyanyi nombor 1 negara itu. “Aplikasi ini juga mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh usahawan dan pelanggan tanpa mengira masa dan tempat. Mudah dan selamat, sama seperti SIMPLYSITI!” SIMPLYSITI merupakan jenama tempatan premium yang berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan jenama antarabangsa dan masih mengekalkan identiti tempatan. Dengan portfolio produk kukuh yang menampilkan produk seperti penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi, SIMPLYSITI telah berjaya menempa nama dalam pasaran barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) yang tinggi persaingannya.

Pelakon Popular, Nora Danish 

Jenama: Owl by Nora Danish & OhMostWanted

Ratu Media Sosial Malaysia, Nora Danish adalah selebriti tempatan pertama yang mencatat jumlah pengikut seramai 1 juta orang di platform Instagramnya! Kini dengan lebih daripada 5.3 juta peminat setia, Nora menyelami kemahirannya dalam bidang keusahawanan dengan melancarkan jenama fesyen sendiri, Owl by Nora Danish. “Usahasama kami dengan Shopee adalah sejajar dengan pelan pengembangan kami untuk meneroka lebih banyak saluran pengedaran untuk membolehkan pengguna baharu dan sedia ada mendapatkan jenama kami. Peminat juga pasti teruja dengan pelancaran produk baharu kami tidak lama lagi termasuklah set hadiah istimewa yang dipanggil ‘The Most Wanted Box’ sepanjang bulan Ramadan ini,” kata Nora Danish. “Shopee adalah platform e-dagang yang paling sesuai dengan perniagaan kami yang semakin berkembang dalam hasrat menembusi pasaran Asia Tenggara”. Jenama OhMostWanted pula merupakan jenama baharu bawah kelolaan Owl by Nora Danish yang memfokuskan terhadap produk kecantikan dan kosmetik. Penggemar produk kecantikan pasti teruja dengan pilihan krim bibir, bedak asas, pencuci muka, pencuci solekan dan alat solek. Nora turut melancarkan cenderahati eksklusif seperti kemeja-T, lanyard, pin dan rantai kunci khas untuk peminat-peminatnya.


Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah

Jenama: Madame Izara

Izara Aishah memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja. Izara bijak membahagikan masanya sebagai seorang pelajar dalam bidang seni persembahan di samping bergiat aktif dalam bidang lakonan dan peragaan. Jelas, dia serius dengan cita-citanya untuk membina nama dalam persada seni tanah air. “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shopee sebagai rakan platform dalam talian rasmi yang baharu kami. Kami ingin mengukuhkan jenama ini dah menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian premium yang mudah dan boleh dipercayai,” kata Izara. “Shopee membolehkan kami untuk mendekati pelanggan dari seluruh negara. Kami akan terus bekerjasama erat dengan platform membeli-belah dalam talian pilihan ini untuk membawa produk terbaharu yang pasti mengujakan pelanggan baharu dan sedia ada kami dalam fokus mengembangkan Madame Izara”. Madame Izara menampilkan pilihan set yang mengandungi krim bibir, pensel bibir dan pengasah pensel bibir yang akan melengkapkan koleksi solekan setiap wanita. Produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi yang akan menambah keyakinan si pemakai. Krim bibir Madame Izara mudah disapu ke atas bibir untuk penampilan yang memukau. Formulasinya tahan lama dan boleh membuat bibir kelihatan lebih mungil dan dalam masa yang sama mengelakkan bibir daripada kering dan merekah. 


Finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi

Jenama: Heliza Guzel Hive & Nur El Hikmah Shoppe 

Bak kata pepatah Melayu, ‘Kecil-kecil cili padi’, Heliza Helmi adalah seorang personaliti comel yang lantang bersuara. Penyanyi serba boleh ini melancarkan jenama sendiri, Nur El Hikmah Shoppe yang menjual pelbagai jenis buku dan cenderahati dan Heliza Guzel Hive yang memfokuskan pada pakaian wanita Muslim. “Kami memilih Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami kerana kami ingin mempromosikan hijab Heliza Guzel Hive yang dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi yang menepati garis panduan Syariah,” kata Heliza Helmi. “Untuk Hari Raya kami ini, kami melancarkan Koleksi Si Manis Raya untuk peminat-peminat kami yang majoritinya terdiri daripada wanita Muslim berusia antara 17 hingga 40 tahun”. Selepas penampilan pertama Heliza di mata rakyat Malaysia semasa menyertai Akademi Fantasia Musim ke-5, dia turut menyumbangkan masa untuk menjalankan kerja kebajikan termasuklah menziarah ke Palestin dan Syria untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy

Jenama: EL by Elfira Loy

Bidang seni hiburan tempatan mula mengenali Elfira Loy sejak dia masih kecil, membuktikan bakatnya dalam bidang peragaan dan lakonan. Kini menginjak usia dewasa, Elfira mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang keusahawanan. “Ia bermula dengan impian, dan kini azam yang merealisasikan impian tersebut. Kami melancarkan Koleksi Raya EL by Elfira Loy bagi 2018 secara eksklusif di Shopee yang menampilkan produk berkualiti tinggi yang menggunakan bahan terbaik,” kata Elfira Loy. “Kami berharap, usahasama dengan Shopee ini boleh mengukuhkan kehadiran dalam talian bagi jenama kami dan memasarkan produk kami kepada lebih ramai pengguna yang ingin menyambut lebaran ini dengan memperagakan pakaian rekaan kami”. Koleksi Raya EL by Elfira Loy 2018 ini diinspirasikan oleh keanggunan dan kesopanan wanita Muslim dan dalam masa yang sama menampilkan ciri-ciri kekuatan dan sifat berdikari, sebagaimana Elfira membawa dirinya. Koleksi ini termasuklah pakaian Muslimah yang cantik dan didatangkan dalam warna pastel dan berani yang pasti membuatkan sambutan Hari Raya anda lebih ceria.


Artis serba boleh, Emma Maembong

Jenama: EMBS (Emma Maembong Beauty Secret), MYSKETCHBOOKSHAWL, EMMARTW, SLIMMDOLLZ By Emma Maembong & Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong.

Rakyat Malaysia mula jatuh cinta pandang pertama kepada Emma Maembong menerusi telefilem ‘Kau Yang Terindah’ arahan Erma Fatima. Bersama adik-beradiknya yang lain, Emma mewarnai bidang seni hiburan tempatan dengan pakej wajah yang cantik dan personaliti yang lembut. Kini, Emma berhasrat untuk mendalami bakat seni lukis yang diwarisi daripada bapanya yang juga merupakan seorang karyawan, dengan melancarkan MYSKETCHBOOKSHAWL; koleksi hijab eksklusif yang menampilkan corak yang dilukis sendiri oleh Emma. “Saya teruja dapat bekerja dengan Shopee sebagai rakan e-dagang pertama kami untuk mempromosikan produk kami,” kata pelakon kacukan Melayu-Scotland itu. “Saya berharap dengan melancarkan kedai dalam talian ini, saya boleh mempromosikan produk saya ke seluruh negara dan memberikan alternatif lebih mudah untuk mereka membuat pembelian”. Selain koleksi hijab, kedai rasmi Emma juga akan menjual EMBS (Emma Maembong Beauty Secret) iaitu rangkaian penjagaan kulit; EMMARTW, jenama fesyen untuk gadis muda yang ingin kelihatan bergaya dan feminin; SLIMDOLLZ by Emma Maembong, rangkaian pengawalan berat badan dan Janet Nicol Cosmetic by Emma Maembong dan MyHoneyLips, rangkaian kosmetik.


 Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee. Peminat selebriti ini pasti ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik.

Pelancaran Skuad Selebriti Shopee ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan Shopee bagi tahun 2018 dengan pertumbuhan Shopee dari pelbagai aspek yang mengukuhkan lagi kedudukannya dalam segmen e-dagang. Ini merupakan rentetan daripada permulaan tahun yang kukuh. Shopee berjaya merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) di seluruh rantau berjumlah AS$ 1.9 bilion pada suku pertama - tahun ke tahun - peningkatan 199.5% daripada AS$648.3 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2017. Pada masa yang sama, tempahan kasar Shopee dalam tempoh tersebut meningkat sebanyak 217.4% tahun ke tahun dari 35.1 juta dalam suku pertama 2017 pada 111.4 juta.

Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung. Dari 3 Mei ke 17 Jun, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan. Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

Untuk maklumat lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee- cahaya-raya. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

mood tak sabar nak shopping kat SHOPEE! yey!!
 -MrsPuex-

Monday, May 28, 2018

Majlis Berbuka Puasa Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bersama-Sama Anak-Anak Yatim

Assalamualaikum/Hai, 

Setiap tahun seluruh umat islam akan menantikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Terdapat banyak hikmah berpuasa di bulan Ramadhan, antaranya menjadi pembersih jiwa, melatih kita untuk bersyukur, bersedekah, hidup sederhana dan mengelakkan pembaziran.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang sinonim dengan amalam kemasyarakatan turut mengambil peluang melalui satu program CSR (Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan) dengan meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah dalam satu majlis berbuka puasa di SACC.



Selain meraikan mereka dengan majlis berbuka puasa, SACC dengan rasa rendah hati memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim. Sumbangan ini turut ditaja oelh ADABI Consumers Industries Sdn Bhd. Selaras dengan objektif program ini, sedikit sebanyak kita sama-sama dapat menggembirakan dan membantu anak-anak ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Image may contain: 5 people, including Nooraini Zubir and Shiqin Sunshine, people smiling, people standing
bersama rakan blogger yang hadir sama. pic credit to blogger ina ainaa.

SACC turut meneruskan kemeriahan Bufet Ramadhan 2018 di SACC dengan bertemakan Warisan Tradisi yang telah dibuka kepada umum sejak 18 Mei hingga 13 Jun 2018. Boleh rujuk SINI untuk review tentang harga buffet ramadhan 2018. Boleh klik SINI untuk preview Buffet Ramadhan bagi tahun 2018.


Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di SACC selepas penat seharian shopping di sekitar shah alam, bolehlah tempahan seperti details di bawah :

Tel :03-5511885, 013-2502858 


 -MrsPuex-

13 Sebab Anda Patut Berbuka Puasa Ramadhan Ini Di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum/Hai,

Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menggembirakan tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan bermula 19 May sehingga 13 Jun 2018. Setiap tahun alhamdulillah saya dan keluarga tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Harga yang berpatutan, juadah hidangan yang banyak cukup untuk semua para pelanggan yang datang. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, pihak Bangi Golf Resort akan melakukan kelainan khas untuk para pelanggan yang akan berbuka puasa di situ. Antara menu signature dish yang ditampilkan di Bangi Golf Resort adalah Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma. seriusly anak-anak memang akan terjah station ni dulu.


Antara menu lain yang dihidangkan adalah menu timur dan barat dan tak lupa juga killer menu yang lain terutama Kambing golek. bagi penggemar durian, tahun ini Bangi Golf Resort ada menyediakan tawaran eksklusif khas kepada para pelanggan yang akan berbuka puasa di situ. Promosi Durian Runtuh di buffet Ramadhan tahun ini akan menampilkan Durian Musang King yang dibawa khas dari ladang di Raub Pahang dengan harga RM110 sekotal dan durian D24 dengan harga RM55 sekotak. Oklah, jom tengok beberapa hidangan juadaha yang disajikan kepada para pelanggan jika berbuka puasa di Bangi Golf Resort. *taip ni pon dah terliur..hahaha*

Menu Utama :













Desserts/kuih-muih/buah-buahan :











 




 

Ni adalah sebahagian menu yang ada.. lebih 200 hidangan menanti para pelanggan nnti tau.. kalau korang tak tau lagi mana tempat nak berbuka puasa bersama keluarga sekitar Bangi, bolehlah masukkan Bangi Golf Resort ni sebagai salah satu tempat untuk berbuka nanti. masih sempat tauu.. lagi satu nak bagitahu 13 sebab kenapa anda semua wajib berbuka puasa kat Bangi Golf Resort :

13 SEBAB ANDA PATUT BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

1)    Disahkan HALAL
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

2)    Nilai untuk Wang Anda!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

3)    Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. The stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.

4)    Hidangan Barat Moden
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebi tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.

5)    Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, cef kami akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang kami tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun kami. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.

6)    Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

7)  Pelbagai Pencuci Mulut
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.

Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari rekaan kami seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.

8)    Harga istimewa untuk durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

9)    Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.

10) Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11) Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.

12) Buat baik!
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13) Suka Makan Benci Pembaziran
Memenuhi janji kami kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan,


HARGA BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT :

DEWASA : RM 59.00 PER NETT
KANAK-KANAK (3-11TAHUN): RM29.50 PER NETT


Sebarang tempahan awal, promosi terkini atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bangi Golf Resort seperti berikut :

Nama: Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial


Bersama rakan blogger yang hadir semasa Buffet Ramadhan Preview Di Bangi Golf Resort.


Thanks for having me!
urs truly - MrsPuex-

credit picture : Blogger Afzal Suka Suki

DASHING 2 in 1 Face Body Wash: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Assalamualaikum/Hai,

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

 ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  


 No automatic alt text available.
Rezeki untuk incik suami kita. Dapat dashing cool dan dashing ultimate kick. bau dua-dua body wash ni memang wangiii dan segar sangat.. banyak tau improvement yang dibuat oleh Dashing untuk menambat hati para jejaka di luar sana.. korang kena try tau.. harga pon sangat berpatutan sebab botol besar boleh tahan 3-4 bulan kot.. lagi satu aku suka fungsi 2 in 1 tu yang dapat jimat banyak masa untuk kaum jejaka yang super bizi di luar sana.


 -MrsPuex-

Wednesday, May 23, 2018

Apa Kuih Kegemaran Korang Bila Tiba Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum/Hai,

Semua orang memang akan tersuka kat satu-satu kuih bila time ramadhan kan??
aku?
tersangat in love dengan kuih tepung pelita.
5 hari mencari tapi tak jumpa yang berkenan..
semalam husband pegi cari lagi kat PARAM bukit jelutong.
Mujur dapat regular seller yang meniaga kat situ. bukan apa, banyak nauu peniaga yang wujud hanya time bulan puasa je, maka kuih-muih yang dibuat mcm cukup syarat je tauu.. tapi harga mahal nak mapss!! nak pegi haji balik hari agaknya kot..
soo aku demand, nak yang memang betul2 meniaga kuih tepung pelita tu je..

Image may contain: food

Alhamdulillah. rezeki.
ramadhan ke-6 dapat merasa.
walaupun keadaannya tak serupa asal sebab tergolek-golek dalam beg. tukang beli merempit plak tu.. ade aku kisahhh.. tetappp jugak tepung pelita ye dakk..
tengkiu husband.
nikmatnya bila makan, allahuuuu... tak sedar 5 ketul aku bedal sorang..
sib baik husband beli 10 ketul.. balance lagi 5 ketul tu pepandailah dorang bahagi anak beranak utk makan..hahahaha..

rasa hari ni macam nak mintak husband belikan lagi la..

apa kuih kegemaran korang time puasa? mana tau tetibe tekak ni teringin nak try test ke kan..


 -MrsPuex-

Tuesday, May 22, 2018

6 Ramadhan 6 tahun yang lepas

Assalamualaikum/Hai,


6 Ramadhan.
Ikutkan bulan islam, harini genap 6 tahun usia anak bujang mama.. (Actual date : 26/7/2012)

Happy birthday sayang.

Satu pengalaman berharga saat melahirkan anak mama yang sorang ni.. Semoga membesar dengan sihat dan bijak, taat kepada Allah dan orang tua..

Pesan mama,
Kurangkan merajuk, tambahkan manis dalam senyuman..hehehe..

Happy birthday jugak kat kawan kembar lain mak pak, zara (dotter of @cikpuan_suri-my jiran).

Sakit nak beranak sama-sama.suami masing-masing kalut start kete lepas sahur..hahaha..Pengalaman yang takkan pernah luput dalam ingatan kami sampai bila2..😍😍😍

#6ramadhan
#malamsebelumberanakbedalkambinggolekkawkaw
#duedatelainlaintapiberanaktarikhsama
#airielqaid


 -MrsPuex-

Tuesday, May 15, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

Assalamualaikum/Hai, 

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.


Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.
Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.
Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.
  
DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


 -MrsPuex-

Monday, May 14, 2018

Jom Iftar Di Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum/Hai, 


Bulan Ramadhan bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi.
Anda semua dah ada plan mana nak berbuka puasa di luar bersama keluarga?
Sekarang, banyak hotel-hotel terkemuka tengah mengadakan promosi harga pre-order ramadhan kepada bakal pengunjung.


Salah satu tempat adalah di Hotel Bangi-Putrajaya yang terletak di sekitar bangi dan putrajaya. nak access pon senang je.. Dapur Funtasia adalah berkonsepkan buffet style yang menyajikan masakan tempatan dan juga masakan barat. Pada tahun ini juga, Funtasia menggabungkan juga masakan street food bertemakan lima bintang sesuai dengan taraf hotel Bangi-Putrajaya. Dengan paduan pasukan chef yang berbakat telah menghasilkan lebih daripada dua ratus pilihan hidangan gaya street food.




Para pelanggan juga boleh menikmati hidangan tempatan yang lain dan makanan kegemaran versi barat seperti gyoza pan yang digoreng, nasi goreng digoreng oleh robo-wok-seminit dah siap, sup tulang dan sup kambing (sup oxtail dan sup kambing). Makanan pencuci mulut yang sangat menarik dan tertarik yang disediakan seperti kacang kacang dan cendol, kuih-muih, buah-nuahan, dan juga aiskerim gelato buatan sendiri dengan perisa yang berbeza setiap hari. Semuanya ini dan banyak lagi bakal menanti anda semua jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Hotel Bangi-Putrajaya.

ok jom saya kongsikan beberapa juadah yang disediakan untuk buffet ramadhan Jom Iftar Di Funtasia Di Hotel Bangi-Putrajaya :




























menu ni memang wajib ada - kambeng panggang dengan sos istimewa..

Selain itu, dengan setiap pembelian voucher, sebanyak RM3.50 akan disumbangkan kepada rakan kemanusiaan islamic Relief Malaysia dengan menyokong kempen "Care for Hunger". Tahun ini, hotel Bangi-Putrajaya akan menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM25,000 pada tahun ke-10 ulang tahun perkongsian dengan Islamic Relief Malaysia. Islam Relief Malaysia juga akan menjadi membuka gerai selama Ramadhan yang terletak di tingkat 1. Untuk makluman, dapur Funtasia, dapur Harmoni, dapur pastri, dapur pesta adalah halal yang disahkan oleh JAKIM. Tempat letak kenderaan adalah percuma untuk semua tetamu dan kemudahan surau terletak di tingkat 2 hotel.

HARGA BUFFET RAMADHAN JOM IFTAR DI FUNTASIA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

DEWASA : RM 120.00 PER NETT
KANAK-KANAK (4-6 TAHUN): RM60.00 PER NETT

EARLY BIRD SPECIAL :
DEWASA : RM 90.00 PER NETT 
KANAK-KANAK (4-6 TAHUN) : RM 45.00  PER NETT

Sebarang tempahan awal, promosi terkini atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Hotel Bangi-Putrajaya seperti berikut :

Tel :03-8210 2222


 -MrsPuex-