Honor Malaysia Lancarkan Honor 7A & Honor 10 Edisi Phantom Green Secara Eksklusif di Shopee!

Assalamualaikum/Hai,


Seperti yang kita sedia maklum, Shopee merupakan salah satu platform untuk kita yang gemar shopping secara online. Pelbagai barang dengan pelbagai jenama yang ada di Shopee. Terkini, Shopee dengan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.




5 spesifikasi menarik yang ada pada smartphone Honor 7A :

1. paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. 2. dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.
3. dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan.
4. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. 5. menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.

Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day.

Berita baikkk!!!
Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Korang boleh layari https://shopee.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore jika nak menikmati keistimewaan pada Super honor day!

Dannn..
Jangan lupa download apps Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Saya sudah download!
Anda bila lagi??? Hehheee..

#SuperHonorDay #ShopeeMY

 -MrsPuex-

1 Comments

harga murah depa kasi siapa berminat jangan lepaskan peluang =D