Mama's Day Out : Plan with No Plan

Assalamualaikum/Hai,

19/3/2019.

Sehari je mama day out nya.
Tapi perancangan hampir nak sedekad..hahaha..
ok tipu. 
hujung tahun lepas baru terdetik nak jumpa.
rindu nak borak. rindu nak heart to heart.
memasing pakat amek cuti. once in a bluemoon. why not kan??

Lepas kawin, masing-masing bizi dengan komitmen keluarga. Menguruskan anak anak yang semakin membesar.. eyh banyaklah urusan lain yang sememangnya jadi kekangan. time is very limited.
kadang tu jeles je tgk bff lain keluar sebulan sekali. masuk mall situ, keluar mall sana.
kopi sini kopi sana..tu tak masuk bff trip la bff gate away laaa.. banyak betul masa korang eyh?? 
kagummmlahh..

maybe kena tunggu anak anak dah pandai berdikari sendiri barulah mama boleh buat bff trip ni kot kan..

Aktiviti kami untuk seharian adalah:

Breakfast.
Jalan-Jalan IKEA cari barang anak/dapur. unplanned location. tau tau dah ade kat ikea..hahahah
Lunch.
Borak borak heart to heart. banyak topik nak cerita time ni. oh btw, kami tak bergosipping ye.. membawang ke.. tak sempatt weii.. topik semua pasal diri sendiri, perkembangan anak memasing. berebut2 memasing nak bukak mulut bercerita. masalahnya sape yang nak dengar?? hahaha..
Tea break.
sambung borak sampai cukup masa jam 4 petang.

we talk.
we laugh.
we cry.

complete emotion. perfect moment.

tau tau dah pukul 4 pm. aku kena gerak ke shah alam before jem start.
4 pm is just nice. cari port pon area KL..
banyak plan lokasi. ke GPO lah, rumah hutan la, nak makan daging salai kat kajang nun la.. tp end up - KL sahaja lahh .hahaha..simple. sebab motip utama nak borak. 

tentatif program. kasi redah konsepnya. lagi satu kan, yang bestnye, 2 ketul bff aku ni anti sosial media.. so amek gambar - selfi. simpan hp. ambik gambar - selfi. simpan hp balik. tu aku sorang je yang hapdet kt media sosial..hahahaha.. last last aku pon simpan hp. bertuaaahhhhh kann..

oklah.marilah kita mulakan dengan lokasi untuk breakfast.


Aktiviti pertama : Breakfast.
breaskfast tempat lejen. 
warung pak jabit tepi sekolah rendah taman muda.
abah paling minat lontong kat sini..
so menu breakfast aku , aku amek lontong walaupun bukan kegemaran aku.

ohh ya..
meh aku kenalkan muka yang jaranggggg ada dalam blog aku..
yang baju merah muka putih melepak konon ada nurrrr tu - IJA (geng taska)
yang baju putih muka hitam manehhh asam jawa ni - KT (geng sek rendah)
usia persahabatan : 37 tahun - 6 tahun : dekat 31 tahun la kannnn.. betulkan aku kira ni??
woooooowwww.. lameeeeeenyeeeee..

Aktiviti Kedua : cari port Jalan-Jalan Lepak Lepak.
Jalan cari pasal kat IKEA Cheras.
tak de dalam plan sebenarnya. tau tau dah tersampai ke sini.
oklah syok jugak banyak port nak amek gmbar.. dorang buntang bijik mata nak menyoping..
aku window shoping je la...cari mood idea nak deko deko kononnya..

jemput minum..hahaha..


sawan cermin bermula.



ok masa dah time..go to the next pitstop.
makaannnnn... lapar teruk woiiii..

Aktiviti ketiga  : Lunch.
Cafe pilihan di Trust and Issue KL.
lokasi di dwi tasik, bandar permaisuri cheras.
kenapa pilih sini?
sebab dekat. senang kami nak pulang ke pangkal jalan.
Ija + KT dok cheras baru je.
aku seketul yang tercampak ke shah alam.
mohon next plan ke shah alam yee...hekhekkhekkk..

while waiting for the food.


Starter. Nachos Cheese.



Main Menu.

friedrice with chicken fingers

aglio ayam percik

masi putih + daging salai masak lemak cili api.

semua sedap. not bad.


Dessert : Chocolate Brownies.





dari starter sampai ke dessert kami order.
sooo lamaaaa la lepaking kt cafe ini.
tempat pon ok. tak ramai. seronok borak mcm kat umah sendiri..

plan with no plan namanya.
alhamdulillah. masa terisi digunakan dengan sebaik-baiknya.
dan aku tak boleh move on semua perkara yang kita buat harini..
friendship never end.



moga kita kawan sampai syurga. Insya Allah.
Tengkiu korang.
Love both of u..

next plan tahun bila plak ni?? hahahahaaa..

 -MrsPuex-

0 Comments