Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, April 24, 2019

Bufet Ramadhan yang bertemakan " Cita Rasa Timur Tengah " di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

Assalamualaikum/Hai,


Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan tidak lama lagi, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sekali lagi muncul dengan bufet Ramadhan yang bertemakan " Cita Rasa Timur Tengah " bermula 11 Mei hingga 3 Jun 2019. Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggemari masakan pedas tetapi dengan keunikan hidangan Timur Tengah dengan perisa rempah aromatik, keaslian rasanya dan kelazatan makanannya telah menambat hati pengunjung sejak kemunculan Nuansa Palestin pada tahun 2013 di SACC.



Diatas permintaan ramai, kumpulan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama Chef Mohamad Saeranpoor Hossein, seorang chef Arab yang dibawakan istimewa untuk pengunjung SACC tahun ini sama-sama berganding bahu menyajikan beberapa hidangan negara-negara Timur Tengah. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Nasi Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

nasi kambing kabuli
 









Para pengunjung juga boleh menikmati masakan tradisi melayu seperti rendang Negeri Sembilan, ayam percik, asam pedas tetel, lala cili padi, singgang ikan tongkol, daging goreng berlado dan banyak lagi. Tambahan lagi, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan Laksa utara, apam lenggeng, anek goreng-goreng, sup periuk dan banyak lagi.

 







     
Beberapa hidangan khas Timur Tengah yang lazat seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabboule, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung), serta dessert favourite ala Timur Tengah - Qatayef sejenis pemanis mulut istimewa yang mempunyai inti krim cheese berkacang turut disajikan. Menurut Chef Mohamad, kualiti minyak zaitun yang digunakan amatlah penting kerana ia digunakan dalam banyak hidangan dan membantu menambah kelazatan makanan.
   

 


   

Menyedari unjuran agama Islam untuk perbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan, SACC mengambil inisiatif menganjurkan satu program CSR yang memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk 'Berbuka sambil Beramal'. Setiap baucer bufet ramadan, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan - Food for Homeless dengan kerjasama pihak Rizq ar-Rahman Charitable Labuan Foundation.



Harga Buffet Ramadhan :

Dewasa : RM88.00
Kanak-Kanak (7-10 tahun) : RM44.00
Percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun.
Pakej Korporat(minimum 80 orang) :RM70.00 - ruang khas untuk pakej ini.

Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan dengan hanya RM78.00 seorang.

untuk tempahan awal dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

No tel : 03-55118858
Website : www.sacc.com.my/ramadan-buffet
Facebook : www.facebook.com/SACCOfficialnew
Instagram : www.instagram.com/shahalamconventioncentre


bersama rakan blogger dan rakan media.
p/s : masih teringat ingat nasi kambing kabuli dengan sos istimewa disini.. nyummm!

-MrsPuex-

No comments: