Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, April 18, 2019

Di Ancasa Hotel & Resort Memperkenalkan Buffet Ramadan bertemakan Aroma D'Ancasa : Gabungan 3 Citarasa

Assalamualaikum/Hai,

Beberapa minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan serta menjanjikan ganjaran pahala yang sangat besar bagi mereka yang ingin mempertingkatkan amalan ketakwaan dengan penuh keimanan. 


Menjadi satu kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing. AnCasa Hotel & Resorts juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan. Pada tahun ini, AnCasa Hotel & Resorts telah memilih tema “Aroma D’AnCasa” bertepatan dengan hasil gabungan citarasa Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia.


Gabungan idea chef-chef dari AnCasa Hotel & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu serta seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini. Lebih dari 200 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa. Menjadi hidangan tumpuan dan istimewa pada kali ini adalah Kambing Golek yang diperap bersama campuran rempah rahsia dan dipanggang selama 2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan juicy.






Selain itu, terdapat juga Pais Ikan Patin dari Pekan, Pahang dan Masak Lemak Cili Api Aneka Laut dari Negeri Sembilan yang disediakan khas oleh Chef AnCasa Hotels. Tidak ketinggalan juga menu seperti Mee Kari Gear Box, Rendang Itik, Sup Ayam Kampung dihidangkan bersama Roti Bengali, Ayam Panggang PD, Daging Opor Pahang dan pelbagai juadah pilihan terbaik. Dalam masa yang sama, AnCasa Hotel & Resorts turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional seperti Apam Balik, Serawa Durian, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman.



Istimewanya pada tahun ini AnCasa Hotel & Resorts turut menampilkan minumam lain dari yang lain iaitu Tandoori Chai. Tandoori Chai ialah sejenis teh campuran herba yang dimasukkan ke dalam tembikar kecil dan dibiarkan menggelegak. Aromanya cukup menarik perhatian yang pastinya membuatkan anda ingin mencuba. Pada tahun ini, AnCasa Hotel & Resorts masih lagi mengekalkan konsep gerai dan ‘live cooking’ di mana 14 gerai dihias bertemakan konsep tradisional Melayu dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘home dining experience’ semasa berbuka puasa di sini. 




Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan chef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. Kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini. 




Di bawah adalah harga bagi rangkaian hotel AnCasa:- 

AnCasa Hotel & Spa 
Baucar awal RM60.00 bersih RM70.00 bersih (Dewasa)
RM40.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun) 

AnCasa Royale, Pekan, Pahang 
Baucar awal RM58.00 bersih RM70.00 bersih (Dewasa)
RM40.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun) 

AnCasa Residences, Port Dickson, Negeri Sembilan
Baucar awal RM45.00 bersih RM55.00 bersih (Dewasa)
RM30.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun) 

Pembelian awal : sebelum 30 April 2019

Bagi tetamu yang memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa bermula dari RM90 seorang untuk sekurang-kurangnya 60 orang. Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Sarimah di talian 03-20266060 sambungan 7700.

No photo description available.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh refer details di bawah :

No tel : 03- 20266060 sambungan 7703.
website : www.ancasahotels.com
instagram : https://www.instagram.com/ancasahotels_resorts/






-MrsPuex-

1 comment:

atiehilmi.com said...

uiiiiiiiiii.. banyak nya menu !! eh !! tapi harga dia murah kan ? macam nak kena beli jek ni.. hee~