Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, April 16, 2019

Laman Kayangan Shah Alam menampilkan Buffet Ramadhan Dengan Konsep Citarasa Dua Sempadan

Assalamualaikum/Hai,


Bulan ramadhan bakal tiba, maka banyak lokasi yang menawarkan pakej untuk buffet Ramadhan. Tidak ketinggalan juga bagi Laman kayangan Shah Alam yang bakal menampilkan buffet ramadhan dengan konsep Citarasa Dua Sempadan.


Majlis prebiu buffet ramadhan yang telah diadakan pada 15 Mac 2019 yang lepas bertempat di Laman Kayangan Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada buffetramadhan pada tahun ini.

Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba. Kambing golek 2 kuah, Thaiyani Chicken, Pattani Grill Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara signature dish yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang dapat berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari utara semenanjung malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. Jom saya bawak anda semua tengok (melalui gambar je la ye) hidangan yang bakal dinikmati oleh para tetamu nanti.




























Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal Adriana Adnan.





menu faveret saya pon ade.. laksa ikan sekoq!
yummmy!

Sooo, bagi warga shah alam dan yang berdekatan, silalah take note tempat ni ok!.

Harga Normal :

Dewasa : RM69.00
Kanak-kanak / warga emas : RM35.00

Promosi Early Bird hanya untuk bayaran tempahan sebelum 5 Mei 2019!

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi :

03-5885 9224 / 012-652 1793 / 012- 686 4515 / 019- 3237914 / 019-250 3090



 -MrsPuex-

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

lama sangat tak makan kat sini.. dulu time study pernah makan sini.
adoiyai makanan2 sedapnya nampak =D

Roziah Muhammad Nor said...

wow meriahnya menu. terus rasa lapar.