Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, May 17, 2019

ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI

Assalamualaikum/Hai, 


Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program 'Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal' sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D'Ancasa.



Program ini merupakan acara tahunan Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Tahn ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari kumpulan Media Karangkraf.



Tambahan pula, pihak hotel amat bertuah kerana sekali lagi ADABI Consumers Berhad telah sudi berkolaborasi dengan menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Program ini merupakan kolaborasi tahun ke-2 Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bersama ADABI.


Program tahunan ini telah bermula seawal jam 10 pagi dengan acara gotong royong memasak bubur lambuk bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.




Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut menceriakan 30 orang anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membawa mereka membeli kelengkapan baju raya di Jakel Mall Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak hotel dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Pihak hotel juga telah memberikan sejumlah wang tunai kepada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka pada bulan Ramadan.


Menurut Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad, program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal dapat dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban bagi yang memerlukan.

Qaid dan rakan-rakan baru.

Berkesempatan juga bawa anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni. nak mereka tahu yang ada rakan-rakan sebaya mereka yang kurang bernasib baik. 


Terima kasih Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana sudi menjemput kami memeriahkan majlis ini.

Untuk tempahan buffet ramadan si Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, boleh pergi ke link:

https://mrspuex.blogspot.com/2019/04/di-ancasa-hotel-resort-memperkenalkan.html


 -MrsPuex-

No comments: