Pembukaan Satu lagi Cawangan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall!

Assalamualaikum/Hai,


Rasanya ini salah satu berita yang paling menggembirakan bagi penduduk sekitar Shamelin dan cheras dan juga yang berdekatan. Lulu Hypermarket dengan rasminya telah membuka lagi satu cawangan di 1 Shamelin Mall, Cheras pada 1 Julai 2019 yang lepas.. Mana taknya, dengan pembukaan Lulu Hypermarket ni, banyak barang / produk yang dijual dengan harga yang paling tak masuk akal tau! Diskaun kaww kawww hampir semua barang termasuklah barangan elektrik!



Pembukaan Lulu Hypermarket telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna iaitu YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail . Promosi harga pembukaan berlangsung selama 4 hari bermula dari 1 Julai 2019 sehingga 4 Julai 2019. Tak percaya?? nahh sila tengok katalog kat bawah ni.





Lokasi dan kedudukan barang yang disusun mengikut beberapa kategori memudahkan para pembeli untuk membuat pilihan. penting tau sebab kalau barang yang disusun tak mengikut kategori, sangat susah kita sebagai pembeli nak pilih barang dan secara tak langsung ianya akan melambatkan masa kita. paling best semua seksyen ditempatkan di level yang sama. 

jom kita shopping!

BARANGAN ELEKTRIK

Inilah masa yang paling sesuai kalau korang nak upgrade barang-barang elektrik kat rumah ataupun nak buat back up kalau rosak. Blender dan periuk nasi kan selalu sangat problem sebab penggunaan yang kerap. so ape lagi.. tengah promo, grablah satu!




BAHAN MENTAH / BARANG DAPUR

saya paling suka pegi area sini.. macam-macam pikir nak masak sebab tengok semua bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan udang / sayur / buah yang segar bugar disediakan untuk pelanggan. 





















MAKANAN PANAS 

Seksyen makanan panas ini menyediakan makan  ready-to-eat untuk para pelanggan. pelbagai jenis hidangan disediakan termasuklah roti dan makanan ala timur-barat . rasa nak makan mandy chicken, sila lah terjah sini.





ROASTERY

nak buat kudap kudap kekacang atau coklat,  sinilah tempatnya.. pelbagai jenis kekacang yang ada. tak lupa jugak deretan jenis kopi raw tanpa diblend. sedap je lalu sini sebab bau aroma kopi.



SUASANA SEKITA HARI PEMBUKAAN LULU HYPERMARKET 1 SHAMELIN MALL.

Sambutan sangat diluar jangkaan. Orang ramai berpusu-pusu datang seawal jam 9 pagi untuk sama-sama menyaksikan acara pembukaannya. bukan itu sahaja, sudah tentu mereka menantikan masa untuk grab barang-barang dengan harga promosi. seronok tengok troli penuh barang. 



Serius meriah. paling meriah, que untuk membayar tersangatlah panjang. walaupun panjang berjela, pelanggan tetap sabar dan tenang. salute lah!


happy face!
pembeli yang bijak adalah pembeli yang membeli time harga promosi..gituu!

untuk info lanjut / harga promosi akan datang, boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/



 -MrsPuex-

2 Comments

Rodiah Amir said…
Lulu antara tempat paling best nak shopping.
Susan said…
Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.