Tragedi Berdarah Di KAFA Anak

Assalamualaikum/Hai,

aku ade up status #berdarahdikafa kat fb tapi tak cerita apa yang terjadi.so kat sinilah aku bagi details apa yang terjadi sebenarnya. baru sempat nak mengarang..hahaha..

5.2.2020.

Tragedi hari rabu.
Tengah meeting, dapat kol dari ustazah.
hati dah mula cuak.
aku ni pantang sikit kalau dapat kol dari sekolah/taska time time pagi macam ni..
cepat sangat dapat panic attack.
ye, kelemahan aku paling ketara.
terus berdebar lain macam walaupun tengah miting.

angkat kol, uztazah cakap qaid tercedera kat kafa.
sebab? sebab pintu kaca kelas jatuh dan pecah.
weiiiiii... tak bernafas aku rasa time tu..


then ustazah cakap, luka sikit je puan, terkena kaca..
minta aku datang untuk bawa ke klinik.
aku minta passkan telefon kat qaid, nak dengar reaksi dia plak.
mintak jugak gaambar dia.
pertanyaan bertubi tubi aku bagi. (out jap dari bilik miting sbb jwp phone..hahaha)
lega sikit dapat dengar respon dari qaid.

masa tu jam 10.30 pagi
kelas kafa abis jam 11.00 pagi.
aku minta qaid balik ke transit tunggu aku kt transit je.

habis miting, aku minta keluar jap nak pegi tengok qaid dengan mata sendiri.
baju sekolah ade darah. darah-darah ni aku risau sgt kat qaid sebab dia spesis mabuk darah macam bapak dia.. boleh pucat + pitam immidiately ok!
jari kiri mostly 5-5 ada luka. tp sikit la.lega.
muka dia menten hensem. mama banyak lega.
cuma lengan tu tak boleh nak gerak.
ahh sudah..

ok jom ke klinik.


sampai klinik, doc tengok, then terus buat xray sebab qaid mengadu sakit bila tgn nak dialihkan.
mungkin kesan dia tahan pakai lengan kot.. mujur jugak songkok yang dia pakai tu dapat cover kaca dari masuk mata ke kena muka ke.. allahu akbar.. seriauuu.. aku tak tau mcm mana exactly pintu tu jatuh ke dalam kelas. qaid cakap pintu memang longgar, lepas tu angin dari luar punca pintu tu jatuh ke dalam kelas.




result x-ray, alhamdulillah xde fracture mana-mana bahagian. cebisan kaca pon takde terlekat kt luka dia.scary wei..cermin jatuh berderai kott..
doc dressing sikit luka kat jari.
dapat ubat, dapat mc 3 hari.

lopong dah.
sliding door kaca yang jatuh ke dalam kelas qaid.

selain qaid, ada 2 lagi kawan kelas dia yang affected.
sorang cedera kat tapak tangan, terkoyak gak kot..
sorang lagi berdarah kat bahagian muka/telinga..
info ni pon aku dapat dari qaid.
tak taulah serius dia mcm mana..

dalam grup wasap KAFA pon SENYAP!
pihak pengurusan KAFA pon takde call parents yang terlibat bagi maklumbalas atas kejadian yang berlaku. kecewa sikit kat situ. hmmmm...
laki aku la yang paling marah. yela, anak kot yang berdarah kat sekolah.

kot la nak tanggung kos perubatan kat anak-anak yang affected ni kann..
nannnn hadoooo sis!

ok la tu je nak koba kat sini..
moga pihak KAFA buat penambahbaikan ke atas keselamatan anak-anak sewaktu belajar.

sekian.
seorang mak yang terkilan.


 -MrsPuex-

1 Comments

Umi Nazrah said…
waalaikumussalam. Allahu. moga qaid cepat sembuh. dan kawan2 qaid tu juga T_T