Followers

Friday, November 29, 2019

10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN

Assalamualaikum/Hai, 

10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN
Simpan sini untuk rujukan masa depan. (untuk Qa'id + Qaiz nanti).
Image may contain: one or more people
gambar sekadar hiasan - sedut dari google.
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula
— Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.
Share info dari : Dr Kamarul Ariffin Nor SadanDoktor Komuniti FB Anda
 -MrsPuex-

Staycation Bertemakan English Garden Hanya Di Hotel De Art USJ 21 Subang Jaya

Assalamualaikum/Hai,

Cuti Sekolah dah bermula.
Dah plan cuti cuti sekolah untuk anak anak korang?
Kalau masih mencari lokasi untuk bercuti, tapi malas nak stay jauh-jauh, aku cadangkan korang try menginap di Hotel De Art.
Harga berpatutan.
Interior sangat menarik.
Lokasi strategik

HOTEL DE ART USJ 21 SUBANG JAYA.

Kali ni aku dan family berpeluang untuk menginap di Hotel De Art, Cawangan USJ 21 Subang Jaya.
Tempat yang strategik. Lagi seronok bila hotel sebelah shopping mall Main Place Subang jaya. walking distance je untuk ke sana. parking pon senang. ada khas parking untuk guest hotel. so jangan risau ok!


entrance.
pon dah cantik untuk ootd.
belanja sekeping depan pintu masuk.

ART FAMILY DELUXE

kalau korang nak tau, setiap bilik, design semua lain-lain.
Bilik kami bernombor 204 - Lotus Of The Soul.
Memang penuh soul bila first time masuk.
wall paper, dinding semua ada ukiran khas.
jom check it out!






   

  

 

  


 DINDING YANG SANGAT ARTISTIK 

Ukiran dalam hotel De Art ni penuh dengan ukiran yang sangat cantik.
Terpegun!
Banyak spot untuk kita OOTD ok!














sebelah pili bomba pon boleh ootd sebab cantik..hahahaa..

art wall kat luar hotel.
pon boleh OOTD.
berkepak kepak kitorang photogedik..

Amacam?
best tak tengok
terujakan??
bagi peminat wall deco, aku suggest korang stay sini atau memana cawangan Hotel De Art yang lain.
Setiap cawangan lain-lain dekorasi dan tema tau.
tak caya cuba tengok kt bawah ni...

Image may contain: text and indoor




 Thank You Hotel De Art USJ 21 Subang Jaya for having us!

 Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut di :

Telefon : 03-58889099
Emel : info.usj21@hoteldeart.com.my
Alamat : 21, jalan USJ21/6, USJ21, 47630 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan
Waze : Hotel De Art @ USJ21

 -MrsPuex-

Wednesday, November 27, 2019

RAIKAN HARI NATAL DI MELTING POT HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai,

Hari Natal a.k.a Christmas Day Celebration dah tak lama dah..
Masa yang sesuai untuk keluarga berkumpul meraikan perayaan bersama-sama.

Ada masa , kita tak tahu kat mana tempat yang sesuai dengan harga yang sesuai untuk sambut hari Natal bersama keluarga dan sahabat handai.

Worry no more,

kat sini saya cadangkan, jika kelapangan jom singgah ke Melting Pot di Hotel Concorde Shah Alam.
Ada beberapa tawaran istimewa yang menanti anda semua untuk sambut Hari Natal nanti.



Antaranya :

CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER :

Tarikh : 24 Disember 2019
Harga : RM120 nett Seorang
Masa : 7 petang - 10.30 malam

CHRISTMAS DAY HI-TEA : 

Tarikh : 25 Disember 2019
Harga : RM70 nett Seorang
Masa : 12 petang - 4.30 petang

CHRISTMAS EVE BUFFET DINNER :

Tarikh : 25 Disember 2019
Harga : RM80 nett Seorang
Masa : 7 petang - 10.30 malam

harga-harga yang ditawarkan  memang berbaloi dengan juadah yang disediakan untuk para tetamu.

jom tengok juadah-juadah yang bakal disediakan untuk tetamu yang hadir nanti .
meriah dan penuh warna-warni sampai sayang puler nak makan..hahaha..
   














Untuk info lanjut atau sebarang tempahan/ pertanyaan, korang boleh refer details kat bawah :


No telefon :
03-55208000

website :
  www.shahalam.concordehotelsresorts.com

Alamat :
3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C/9C, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

pic credit to Mr Asri


Thank you Hotel Concorde Shah Alam for having us!

 -MrsPuex-