Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, October 19, 2018

Penutup Pantang 44 hari dengan Malika Confinement Care

Assalamualaikum/Hai,

tempoh berpantang dah lamaaaa tammat!
harap tammmat la sepenuhnya ya..
tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi anak lagi, ku terima sahaja..
tapi bukan dalam masa terdekatlah sebab mak beranak potong perut hokay!..

Sebut pasal penutup pantang ni, perlu ke nak berurut lagi padahal dah urut awal awal pantang haritu??
jawapan saya, perlu dan wajib!
sebab apa? sebab nak bagi ko rasa fresh, anggun seperti anak dara walaupun kau dah beranak TIGA!

Untuk merialisasikan proses penutup pantang aku kali ni, aku memilih MALIKA CONFINEMENT CARE untuk uruskan aku dari A to Z..

Sedikit info tentang MALIKA CONFINEMENT CARE.


MALIKA CONFINEMENT CARE mempunyai kepakaran membantu para wanita kembali langsing dan sihat bertenaga selepas melahirkan anak dengan memberikan pakej perkhidmatan urutan selepas bersalin yang lengkap dan berkualiti.

Antara Pakej yang disediakan oleh MALIKA CONFINEMENT CARE adalah :



Sebenarnya banyak lagi pakej-pakej yang mereka sediakan. ada yang pakej berpantang 3 hari, 5 hari, 14 hari pon ada.. cuma pepandai la kita save bajet ikut kemampuan kita ok.

Beberapa testimoni pelanggan yang telah menggunakan servis dari MALIKA CONFINEMENT CARE :




Ok, kalau nak tau, antara pakej yang disediakan untuk aku adalah :

- bersauna - 10-20 minit
- full body massage
- lulur badan
- mandi bunga
- tangas kering



sauna time.. 



full body massage + lulur seluruh badan.
sedapppp!!!


mandi bunga auraseri..
berseri seri persis pengantin baruuuu..
bilik air pon mangiiiiii!!

last but not least, tangas kering.
fungsinya adalah untuk mengetatkan bahagian bawah, mengecutkan rahim..

Alhamdulillah.. badan yang lesu, lembik kembali segar dan fresh!
susu badan pon melimpah dengan jayanya.
urat tegang kembali ke kedudukan asal..
pinggang yang sakit contraction pon beransur kurang.
yang penting lepas kau mandi bunga ko rasa macam pengantin baru..eyh!
sukaaaa sangat dengan bau-bauan gabungan beberapa jenis bunga dan aroma terapi yang lain.

pantang day 44.
with my confinement lady, puan Noor /syikin.
terima kasih atas khidmat yang diberikan dan juga ilmu-ilmu dalam penjagaan wanita luaran dan dalaman. 


korang kalau yang tengah mencari CL, bolehlah try MALIKA CONFINEMENT CARE. Insya allah bagi tau bajet, dorang akan fixkan berdasarkan kemampuan kita.. 

Untuk sebarang tempahan/pertanyaan boleh hubungi mereka di :

Tel : 016-2078091


*dah 100 hari macam nak berurut lagi laa..hehehe..

 -MrsPuex-

Friday, October 5, 2018

PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018)

Assalamualaikum/Hai,

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.


Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.


Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad. Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
·         Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
·         Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
·         Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
·         Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen:

·         Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
§  11 kaunter PPZ-MAIWP
§  Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
§  Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
§  Majikan di syarikat atau organisasi
§  TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757
  
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"




Friday, September 28, 2018

Officially Mak Anak 3!

Assalamualaikum/Hai,

Alhamdulillah. Im officially mak anak tiga!

30.06.2018.

Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel di Avisena Specialist Hospital Shah Alam, jam 12.30 tgh malam seberat 2.93kg melalui pembedahan c-section.*nanti cerita details kenapa kena belah perut ya.. amek mood dulu..
Buah cinta mama dan papa.
Baby no3.
Dan mungkin anak bongsu? Wallahualam. Hehehe..

Lets short and sweet.

Presenting our adorable adik baby.
Diberi nama Muhammad Aidiel Qaiz Bin Mohd Azahari.

Fresh from oven. 
Time ni baby dh selamat jumpa papa tp mama still stuck kat ot room.. sob sob..





Doa mama, semoga menjadi anak yang baik, soleh , taat ibu bapa dan perintah Allah serta menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

30.9.2018 nanti genap usia adikbaby 3 bulan.
mama pon dah nak start keje very soon. Time flies soo fast.. #nangis



 -MrsPuex-