Skip to main content

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai, 

EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu. 



kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang.


WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024



Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Warisan Ibunda mengetengahkan masakan berasaskan home-cooked dari air tangan mak-mak kita yang membuatkan seolah olah kita makan dengan rasa air tangan mak kita. Lebih kurang 100 hidangan bakal dihidangkan untuk tetamu dengan menu specialnya adalah Kari kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong masak Lemak Belimbing Buloh, Kambing Panggang dan banyak lagi.


















sedap dan enakkan barisan makanan yang disediakan. ni baru sikit tau.. menu yang lain-lain tu korang kenalah datang ke buffet ramadhan di hotel concorde shah alam nnti.

Confirm hidangan yang akan disediakan bertepatan dengan harga yang ditawarkan. 
sesekali trylah datang bawak keluarga beriftar di hotel.

Kat bawah ni list harga-harga yang ditawarkan pada tetamu. kalau korang nak jimat, cecepatlah grab harga promo tu ok!

Harga IFTAR DI CONCORDE (12 Mac - 09 April 2024):

EARLY BIRD PROMOTION  :
Sekarng hingga 11 Mac 2024!! 

RM 125 PER VOUCHER


HARGA BIASA : 

(14 Mac - 6 April 2024)

Dewasa : RM149.00

Warga Emas : RM115.00

Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM75.00


TAWARAN ISTIMEWA  :

(3 hari pertama (12 - 14 Mac) dan 3 hari terakhir ramadan (7 - 9 April)

Dewasa : RM125.00
Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM65.00


TAWARAN BUFFET SAHUR  :

Bermula 12 Mac - 9 April 2024  di Melting Pot Cafe

Seawal jam 3.30 pagi sehingga imsak

Dewasa : RM66.00

Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM33.00


Sepanjang bulan Ramadan, tetamu boleh berehat dan bersantai dengan selesa di Hotel Concorde Shah Alam dengan kadar harga kamar Deluxe istimewa bermula dari RM 188 bersih setiap bilik setiap malam (bilik penginapan sahaja) atau RM 228 bersih termasuk 2 sahur atau sarapan pagi (bukan muslim).


Untuk pertanyaan atau tempahan bufet Ramadan  , sila hubungi :

T 603 5520 8000 | E vasanthi@concorde.net

Untuk pertanyaan atau tempahan bilik hotel ,  sila hubungi :

T 603 5520 8000 | E shah@concorde.net

Website : https://shahalam.concordehotelsresorts.com/

Alamat : 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor



 -MrsPuex-

Comments

Evospin said…
I'm thankful for the positive atmosphere your blog exudes.

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P