Skip to main content

Posts

Showing posts with the label parenting blogger

Kenangan kami di Karnival Upin Ipin 2014

Assalamualaikum.. Sekadar berkongsi pengalaman. Tiada niat nak meng-negative-kan karnival ini. Sila jangan banned saya yee..heeeee.. gambar dari mr gugel.. Weekend lepas (23.11.2014)  sempat bawak anak-anak ke karnival upin ipin yang berlangsung di Putrajaya.Ikutkan hati macam berat nak pergi sebab kompom sesak giler dengan manusia. tapi memikirkan ajakan kakak nak tgk upin ipin jugak, so kami teruskan niat murni itu.. lagipun iklan di kaca tv, kat wasap wasap, kat fesbuk kemain promot lebih karnival ni memang kaw kaw punye..bukan budak jek melonjak lonjak nak pegi, mak bapak pon eksaited luar biasa nak bawak anak-anak tgk live maskot upin ipin tuh.. Budak-budak kan adrenalin dorang hover sikit..huhu.. Pergi hari ahad, hari terakhir karnival. Datang pon x de la awal sangat dan takde lah lewat sangat. kol 10.30 pagi dah terpacak kt putrajaya nuh. Bajet macam lom nak ramai orang lgi..tapi unsangkarable, parking majoriti dah full! nak parking kat dal...

Resepi : ikan masak gulai lemak cili kering

Assalamualaikum.. Masih cuti menjaga anak bujang yang chicken pop dance..heee.. Maka, Resepi baru lagi harini..macam biasa resepi bondaku dan hasilnya memang tambah nasi 2x..hehee.. Benda sedap, saya suka untuk sharing bersama rakan blogger yang tersayang. Ikan masak gulai lemak cili kering. Bahan-bahan : 4 ekor ikan kembung bersaiz besar.dipotong 2.pilihan ikan ikut citarasa anda. 2 labu bawang besar * 4 ulas bawang putih* 1 inci kunyit hidup* Segenggam ikan bilis* 1 senduk cili kering yang telah diblend. Kalau nak pedas tambah lagi 1 senduk.optional. 1 kotak santan. 3 batang serai.dititik. 1 helai daun kunyit. Koyak-koyakkan. 2 sudu serbuk kunyit. 1 keping asam gelugor. 2 cawan air. 1 biji tomato. 1 biji cili hijau.dibelah tengah. Sedikit garam.ikut tahap kemasinan anda. 2 sudu minyak untuk menumis. Cara-cara :  Blendkan bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan * tadi. Dah garing, masukkan cili kering, serai, daun kunyit, serbuk kunyit, asam gelugor, gara...

Resepi : Rendang ayam versi mrspuex

Assalamualaikum.. Kemain versi mrspuex sangat..hahaha.. Takdelah..ni resepi bonda kesayangan.. Saja share utk korang..senang je buat rendang rupanya..cuma nak tggu kering tu yang jenuh sikit.. Rendang ayam.. Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong 8 ke 10 ke ikut sukati.bersihkan. Lumurkan dengan serbuk kunyit.ketepikan. 4 labu bawang besar* 7 ulas bawang putih* 1 inci halia* 4 batang serai* 1 Ulas kunyit hidup* 3 biji cili padi* - nak pedas boleh taruk lebih 1 helai daun kunyit-dihiris nipis 2 senduk cili kering yang telah diblend 1kilo santan 2 sudu kerisik 1 keping asam gelugor 3 sudu minyak masak utk menumis. Seasoning secukupnya spt garam/ gula/1 kiub ayam/2 sudu sos tiram Cara-cara : Blendkan bebahan bertanda *. Panaskan minyak.  Tumiskan bebahan * tadi. Agak agak garing, masukkan cili kering yg dh diblend. Biarkan sampai naik minyak.bubuh segala macam seasoning/asam gelugor. Jgn masin sangat nnti termasin masa nak keringkan.pepandai bajet ye. Masukkan santan dan kerisik....

Resepi : Breadstick with nestum+choc

Assalamualaikum.. Resepi simple sap sap soii untuk kudapan anak anak di kala kebosanan.. resepi ni kezen wasap dalam grup..maka macam nak try plak..plus ada roti yang hampir nak expired tu kita gunakan sebaiknya.. silakan share untuk kebaikan bersama.. anak suka, kite gumbira! bahan-bahan : roti nestum coklat masakan   Cara-cara : 1.potong roti seperti bentuk stick.. (aku buang kulit tepi tepi tuk untuk nampak lebih comel). bakar dalam masa 5-6 minit sehingga bertukar kaler kekuningan. ketepikan. roti yang dah dipootng menanti untuk dibakar. 2. Cairkan coklat masakan. (kuantiti mengikut berapa banyak roti yang dah dibakar tu.)   3. Golek-golekkan roti yang dah dibakar ke dalam coklat masakan yang dah cair.   4. golekkan semula ke dalam nestum.   5. sedia untuk dihidangkan kepada anak-anak.     Ni lah hasilnya.. buat banyak ni jek sebab stok coklat masakan sikit sangat.. tekstur rangup..dan serius sedap.....

Sejarah Kota A Famosa Melaka

Assalamualaikum.. Ok, ni last aku up pasal melaka ni.. Before nak balik KL, sempat singgah ke Kota A Famosa. rasa seronok plak pegi time tengah hari, time orang pegi keje.. tak ramai orang dan mak sukaa moment cenggini..   Dulu dah penah datang sini dah..masa kekecik sekali, masa bujang sekali, masa anak sorang pon dah sekali.. kali ni datang sendiri.. tu pon sebab ada kursus..    Sejarah Kota A Famosa Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata. Kota tebal ini juga menempatkan beberapa bangunan untuk kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang. Kekuatan kota ini terbukti apabila Portugis berjaya menahan serangan berterusan dari Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Kota ini hanya jatuh setelah Belanda...

Melaka River Cruise

Assalamualaikum.. Sambil berkursus, sambil bercruise gituu.. Hahahaa.. ayat memang nak kene penampau ngn bos.. Sebenarnya ada free session malam kedua. Penceramah yang dijadualkan untuk bagi ceramah malam tu terpaksa memendekkan sesi beliau di petang hari disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakkan. maka, plan B adalah bercruise la kite .. peserta yang lain, membawak diri menikmati suasana malam di Melaka.. sukalahh dorang tuhh.. Janji esok pagi muka memasing ada masa meeting. aku kan urus setia yang baikkklahh sangat..hahaha..bos pon baik jugak tau.. kalau tak, harapan jek la nak nek cruise ni dik non oi.. Mari aku bercerita dengan gambar.. maaf, kualiti gamba kureeng memuaskan. bawak kemera opis, setting pulak kelaut.. hasil pon bolehhh laaa... campur pulak ngn kamera hp..lagi hancus memalam.. haishhh.. gajet lom cukup power lgi nih.. bukti aku dah sampai sini.. Harga tiket ni aku beli siap siap kat hotel Seri Costa, Melaka. Diskaun dapat RM10.00 adult. kalau...

Zaman Sekarang Zaman AntiSocial Kahh??

Assalamualaikum..   Terpaksa mengaku zaman sekarang budak budak semua anti social..   orang dewasa jugak sudah anti social..   Terpaksa mengaku sebab dah kene kat batang idung sendiri..   Tak percaya?? nahh aku bagi bukti selepas buat kajian..   heeee..   kejadian malam tadi..   semua senyap sebab semua tgh kusyuk dengan xtvt sendiri.. anti social ke idokk?? tv  pasang tp tv tgk diri sendiri jugak..   Kakak : Frozen Adek : Talking cat (tom) Papa : multiviewing..   ini baru betul like papa , like son/dotter..   mama : sedang menikmati suasana tenang tanpa gangguan..heaven uols!!   sesekali seronoklahh.. tapi kalau banyak kali, no two way communication..its too bad people!!   not good!! not good!!  Yours Truly ;P

Ice Cream Goreng From Nestle

Assalamualaikum.. Saje nak show off kat korang yang kita dah makan ais krim goreng dari nestle.. Lepas ni korang bolehlah show off kat supermarket sana cari ais kerim goreng jugak..hahahaa... meh sini nak tunjuk cara-cara nak membuatnya.. mudah semudah 1,2,3 siapppp!! ais krim goreng ready made dari nestle.. 1st time try..amek perisa coklat.. step 1 : panaskan minyak. Step 2 : minyak dah panas, masukkan ais krim goreng. goreng dalam masa 8-10 saat saja ok..agak2 kulit dah bertukar kaler gold gold.. terlebih goreng, meleleh la ais krim tu dlm kuali..kekekeke.. step 3 : tadaaaaa!! boleh makan dah..sedappp!! rangup diluar, cayaq di dalam.. nyummmss!! sila abaikan perbezaan kaler 3-3 ais krim tuh.. manusia jenis tak sabar cam ni laa.. Sesuai untuk santapan minum petang bersama keluarga.. Selamat Mencuba! Yours Truly ;P

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum..   Saja join..mane tau dapat rezeki tambah kawan baru ..       Berminat nak join skali? just klik kat banner tu ye..   Selamat bersegmen! -MrsPuex-

Jemputan ke Majlis Kesyukuran & Berendoi Baby Nur Addina Safiyyah

Assalamualaikum.. Sabtu lepas (11/10/2014) dapat jemputan ke Majlis Kesyukuran & Berendoi Baby Nur Addina Safiyyah, anak perempuan Top Parenting blogger femes emes, bro Melastik Bintang . Mulanya plan nak datang saing ngan blogger lain, sis Hanny dan sis Roshidayu tp anakanda dan kekanda semua bantai tidoq sementara nak menunggu jam 12..sudahnye jam 1.30 baru gerak dari umah..melepas nak bergosip ngn blogger lain..heee.. yang best..kami sampai nak ujung ujung majlis.. candy booth pon sudah licin yooo.. melepasss... tapi x pe..kari ayam sangat marveles.. anak anak makan dengan bahagianya .. (padahal tadi tak lunch)..kekeke.. Terima kasih bro atas jemputan.. tema pink putih..sangat sweet.. sampai sampai terus jenguk pengantin of the day.. baby Addina Safiyyah.. kemain die tenung uncle tu.. sampai tang auntie nak dokong trus melalak.. ooo..dh pandai milih nak orang lelaki je dokong yee.. babap nak?? heee..cuak tau auntie.. bersama kakak aireen.. ...