Skip to main content

Posts

Showing posts from September 13, 2011

ADAT

Assalamualaikum.. Adat berjanji pasti dikota adat memberi akan merasa adat berbudi ada bahasa adat meminjam memulangkan semula adat berkasih menjunjung bahagia adat berbicara biar berpada adat rajuk pada yang suka adat merindu jiwa merana adat perantau santun dalam berkata adat berjuang berani mara adat bersuka beringat duka adat menunggu gelisah cita adat berperi penuh cerita adat berkahwin biar kekal selamanya.. motip??saja nak bersajak...renung-renungkan. . .:D Yours Truly ;P

Berita : Anak Pelakon Safura Meninggal Dunia..

Assalamualaikum.. petikan dari mymetro : Safura dan arwah anaknya KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.  Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.   berita selajutnya..  Innalillahiwainnalillahiraji'un.. takziah untuk safura dan keluarga.. Yours Truly ;P