Assalamualaikum/Hai, Hari tu berkesempatan untuk hadir ke Mega Wedding Malaysia pada 12 Ogos yang lepas bertempat di Marina Putrajaya. Pertama kali melihat sendiri perkahwinan beramai-ramai . Tuan bleog bersama sebahagian dari rakan blogger yang turut hadir sama. Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah, para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya. Majlis Pernikahan beramai-ramai dilaksanakan...