Skip to main content

Posts

Showing posts from July 3, 2019

PERTAMA DARI DASHING: SEMBURAN DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI

Assalamualaikum/Hai,  Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!  Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.  Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu...

MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL ADAKAN PREBIU EKSKLUSIF DEWAN ACARA TERBESAR DI SUBANG

Assalamualaikum/Hai, MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan tersebut. Terletak di tingkat atas Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang professional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iai...