Assalamualaikum/Hai, Daya tahan anak-anak seharusnya dipupuk dari awal lagi untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat dan kuat. Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangannya. Kita kena ingat juga bahawa setiap kanak-kanak itu berbeza, jadi bersedialah untuk menggunakan strategi atau pendekatan berbeza dengan setiap kanak-kanak untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan. Saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh diguna-pakai dalam membesarkan anak-anak supaya mempunyai daya tahan yang tinggi dan secara tak langsung dapat mengelak mereka dari perasaan takut, kena buli di sekolah dan merendah diri bila bermain dengan rakan rakan sebaya. Jadilah Penyokong kepada anak kita. Setiap anak-anak memerlukan sekurang-kurangnya seorang dewasa yang boleh dia percaya sepenuhnya. Kat sini, peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting. Jadilah orang yang dipercayainya. bagaimana? sayangi dan terima dirinya seadanya, luangka...