Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Thursday, May 11, 2017

13 ANEKA LAKSA DI BUFFET RAMADHAN BEST WESTERN I-CITY SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, 

Ramadhan preview saya kali ini adalah di Best Western i-city, Shah Alam.
Dengan bertemankan pemandangan sunset menanti senja di Alfresco area di hotel ini memang tenang sangat tau.. Disamping deretan-deretan menu yang sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu.

tapii.. jangan risau.. taknak duduk di luar, boleh juga bersantai-santai di dalam yang sejuk berteman aircond. dua-dua anda boleh pilih..

Selain daripada menu BBQ dan satay yang disediakan dibahagian luar (Alfresco area), apa yang paling best bila anda berbuka puasa di Best Western i-city, Shah Alam adalah anda boleh menikmati 13 aneka jenis laksa yang ada di Malaysia. Biasa kita makan laksa Johor, Penang, Utara, Sarawak je kan? ni first time dapat rasa laksa negeri sembilan, pahang, melaka dan lain lain lagi..



yang keduanya, anda boleh menikmati hidangan raja buah - durian king yang akan dihidangkan setiap hari kepada para pelanggan bermula jam 8.30 malam sehingga buah habis. Disamping tu juga turut dihidangkan pelbagai jenis buah-buahan yang lain untuk santapan pemanis mulut anda.


bagi yang gemarkan sup-sup, ni ha sup tulang / gear box sekuali besar panas-panas dah ready untuk anda. cicah pulak dengan roti memang padu beregu dia. must try!


Antara menu-menu utama yang lain adalah :

kari kepala ikan.

paru sambal berlada - sedappp sangat!

telur itik masak lemak - marveles kepedasan dia.

hati ayam goreng.

ayam palembang

daging rendang tok.

pucuk manis ubi keledek

udang goreng jintan

Pencuci mulut a.k.a sweet tooth mesti tak boleh tinggal. pelengkap menu katanya. Ada pelbagai jenis kek, sago gula melaka, kuih beronok, kuih bakul,ais kacang, ais kerim batang  dan lain lain.. biar gambar yang tolong ceritakan.hehe..












Tak lupa juga aneka salad dan 13 jenis sambal colek yang berjaya memikat hati pelanggan semua.




Harga :

Dewasa : RM98.00
Kanak-Kanak (5 tahun -12 tahun ) / Warga Emas :RM49.00

EARLY BIRD : RM78.00 *Sehingga 31 Mei 2017

untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

Tel :03-5521 9000



 -MrsPuex-

CUTI HARI WESAK

Assalamualaikum/Hai,

Semalam cuti hari wesak.
dapat lah cuti free satu hari.
korang cuti cuti buat ape tuh??

aku dgn jiran2 buat projek sikit pepagi.
projek menebang pokok - kaum papa.
projek pondok-pondok - kaum mama.
ekceli dorang je yang buat projek .
aku lepas subuh bummm balik sebab incik suami kata nak bekfest kat mamak je..

bila nak keluar rumah tengok semua semangat menebang pokok depan umah memasing sebab takut pokok tu rebah hempap kete yang parking kiri kanan.
kan ke bahaya..
nak tunggu MBSA tah bila..eyh!

incik suami pon ape lagi terus la nolong saki baki ape yang dapat ditolong tu.
aku? nak masak mmg tak dan lahh..
tengok dorang siap dah dengan menu bekfest masing-masing..
soo aku cukupkan korum tadah perut je instead of nak makan mamak.
dah kena racun soh bekfest sama kat pondok..hahaha..
malu la sbb tak donate ape pon tapi ade aku kesahh..
duduk besila dan nommnommnomm..
bawak turun je la kopok/roti yang ade kt umah tu ha,,.

tutup balik enjin kereta, join the club..
mamak?? lupakan seketika. gituuu..

ok lah malas nak celoteh pepanjang..
layan gambar je la ye..

gambar selepas je ade..
pokok depan umah kuning ni dah terang sebab kena tebang dah.


Image may contain: one or more people, house, sky and outdoor
yang ini kasi  tebas pokok daun limau purut yang rendang2..
buah tu kami kutip buat terapi kat umah..
satu hari umah penuh bau limau purut..
nyamannn..

Image may contain: food
breakfast is readyy!!
nommnommnommm..

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting
tukang jaga makanan.
nampak sangat feeling patriotik sikit sebab ade bendera malaysia kt belakang..
hahahaa.. lantokkan..
1 malaysia katenye..

Image may contain: 3 people, people eating, people sitting, table and food
open table sebelah pondok gazebo.
mak mak dah konker gazebo.ape bolah buat..hahahaa
dah macam buakak kedai makan dah kami rasa..

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, people eating, table and outdoor

sekian, 
cerita lepak santai sambil buat mini gotong royong antara jiran depan,kiri kanan umah.
sepakat membawa berkat..
rasa mcm duduk kampung pulak..
semoga ikatan ukhuwah ni kekal terjalin..
aminnnn..

 -MrsPuex-