Assalamualaikum/Hai, KUALA KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2022 - #ShopeeDeliversLove, sebuah kempen oleh Shopee untuk menghargai rakan kongsi penghantaran, kembali pada Ramadan ini. Kempen ini berlangsung dari 11 April - 22 April di mana rakan penghantaran Shopee dan ShopeeFood boleh mengambil makanan berbuka puasa mereka dari Hab Penghantaran Shopee terpilih. Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan ShopeeFood Malaysia mengulas, “Kami mahu memastikan rakan penghantaran kami dapat berbuka puasa dengan selesa semasa bekerja. Rakan penghantaran adalah rakan kongsi yang dihargai kerana mereka membantu kami menyokong pendigitalan industri F&B di Malaysia. Semasa Ramadan, sesetengah rakan penghantar perlu membuat perubahan pada jadual penghantaran mereka. Kami berharap usaha ini membantu mereka pada masa yang sama menyampaikan mesej kepada rakan penghantaran kami bahawa mereka dihargai." Mendengar secara langsung daripada rakan penghantar ShopeeFood tentang pengalamannya, kami bercak...