Skip to main content

Posts

Showing posts from December 4, 2017

JOM SERTAI HAPPY CAMP OLEH CHICHI & CHACHA

Assalamualaikum/Hai,  Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal. Atas sebab inilah, Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 8 tahun. Chichi & Chacha adalah rancangan edutainment kanak-kanak yang memfokuskan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Chichi & Chacha yang diilhamkan oleh E2L Sdn Bhd, mahu kanak-kanak mengenali potensi diri mereka. #CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka...