Assalamualaikum/Hai, Setelah mendapat kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Amin Tino mengorak langkah dan ingin menerokai dalam bidang fesyen pula. Maka kini lahirlah “ Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity ” Qurta yang berkonsepkan " hipster " ini ialah sebagai hadiah Iman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Aiman Tino bersama model yang menggayakan Qurta Aiman memilih konsep Qurta “ hipster ” ini kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur. Qurta by Sweet Aiman ini juga terdiri daripada sepuluh warna yang terkini dimana ia nya dipilih oleh Aiman sendiri. Apa yang menarik tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah kerana ianya bercirikan "unisex" dimana ia boleh juga digayakan oleh wanita juga. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas prod...