Assalamualaikum/Hai, Zaman sekarang ni macam-macam penyakit yang pelik- pelik yang kita selalu dengar. paling simple, bila anak-anak mula dapat selsema. memang lamaaaa nak baik. Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan tahap kesihatan anak anak yang semakin membimbangkan, kita perlu mencari solusi atau alternatif lain yang boleh membantu mereka untuk lebih cergas dan sihat untuk menjalankan aktiviti seharian sama ada di tadika atau di sekolah. Kebiasaannya, penyakit yang sering sangat berlaku di kalangan anak-anak bila ditempatkan di Taska/Tadika adalah selsema yang berulang dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD). Pengalaman sendiri bila ada kanak-kanak yang lain yang dijangkiti penyakit berjangkit terutamanya HFMD ni, hati rasa tak senang duduk. walaupun kanak-kanak yang dijangkiti itu telah dikuarantin di rumah, adakah kita pasti bahawasanya kuman-kuman yang tertinggal di taska/tadika/sekolah sudah tiada atau masih aktif dan bakal menyerang kanak-kanak lain termasuklah ...