‘CAPTURE INFINITY’ RAYA INI DENGAN TELEFON PINTAR PERTAMA REALME DENGAN 108MP KAMERA & PENGECASAN PANTAS 50W
Assalamualaikum/Hai, realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme 8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale. "Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan...