Assalamualaikum/ Hai, Pada Sabtu, 30 April 2016 yang lepas, saya bersama beberapa rakan media sosial yang terdiri daripada blogger dan media influencer berpeluang menghadiri majlis ' Discovering Malaysia's Painted Heritage' yang dianjurkan oleh syarikat Tripovo dengan kerjasama Muzium Negara . Tujuan utama adalah untuk mewar-warkan tentang sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei 2016 yang akan datang di mana, pengunjung pada hari tersebut boleh melawat 22 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia dengan PERCUMA .. yaaa PERCUMA hanya pada 18 Mei 2016 ini ya.. please locked your calender and bring together youd kids! i'm sure they gonna have some fun and the most important, the knowledge of Malaysia History.. Perkara pertama, kami di bawa tour di dalam muzium dan dibantu oleh wakil dari Muzium Negara. Rasa keterujaan sangat dapat masuk dalam muzium.. last masuk muzium adalah 10 tahun lepas kot.. sangattt lama. ok jom saya bawa anda tour...