Assalamualaikum/Hai, 24.5.2020. Raya 2020. raya style paling rare. raya musim covid-19. dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan. Tiada solat raya berjemaah di masjid. Tiada raya rentas negeri. tiada kunjung mengunjung sanak saudara. hanya ahli keluarga terdekat. hanya 20 orang sahaja sekali berkumpul. kalau tak, kena saman. Pertama kali dalam sejarah, aku beraya kat shah alam. Tak boleh balik PD. Boleh rentas daerah je. Boleh raya kat cheras baru sebab masih dalam daerah yang sama. lembah klang. yeaaahhh.. dalam hati, kalaulah abah mak masih ada, mesti happening semua balik beraya kat ceras baru.. dalam hati je la cakap. realitinya,hhhmmmm.. Alhamdulillah masih dapat berkumpul beraya adik beradik di hari raya pertama. Inilah untungnya bila adik beradik duduk dekat dekat.. hehehe.. cuma, dah balik ceras baru tapi tak dapat nak ziarah rumah baru mak abah. semua tanah perkuburan DITUTUP. makcik pakcik belah abah dan mak pon dalam daerah yang sama jugak tapi ka...