Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, January 18, 2017

Skodeng anak dara training volleyball

Assalamualaikum/Hai, 

Semalam cuti sebab banyak urusan perlu diselesaikan dari pagi sampai lah ke petang..

hal pagi tu aku tak cerita kat sini.. kendian nnti aku borak ye..
seperaisss... sangat..

ni hal petang ni haa..
serabut maknye..
anak join volleyball kat sekolah .
training plak belah petang.
start training semalam sampai la jumaat ni..
khamis ada pemilihan peserta yang akan masuk bertanding..
kalau nama dia naik, dia akan training hari hari sehingga hari ahad..
tak silap tonermen die minggu lagi satu kot..
lupe plak padahal dah borak dgn cikgu dia dah.
sekolah dia 1 sesi je so ptg mmg kosong la sekolahnya..
dia akan stanby kat sekolah dari pagi sampai jam 4 petang.

soooo..
mulalah risau nak uruskan hal hal :

transport.
kafa.
makan time lunch.
transit

Image may contain: one or more people, grass, tree, sky, outdoor and nature
time training.
lega anak sejenis suka bersukan.
hitam la dia lepas ni..
tak pe kakak, mama pon dulu hitam legam tapi ramai je yang berkenan.. eyhh!!!

TRANSPORT.
pakcik hadi dah setuju nak tunggu kakak depan pintu gate jam 4 petang SHARP!

KAFA .
setel. ustaz kelas dah ambil maklum bagi murid yang join aktiviti di sekolah rendah.

TRANSIT.
minta van hantar terus ke umah jam 4 petang tu sebab nenek dah ada kat umah.
mlm tadi baru sampai.

MAKAN LUNCH.
setel jugak.
order kat jiranku tersayang sebab kantin tak bukak petang.
apedaaaaaa..
kebetulan anak dia tahun 4 pon join sama latihan.
so jam 1 petang dia akan delivery lunch utk anak dia dan anak aku kat sekolah.
legaaaaa..

antara menu kebabom air tangan jiran aku :


semalam.
nasi lemak ayam goreng.


hari ni.
spegeti carbonara+air kotak.

alhamdulillah..

Allah permudahkan urusan hambanya yang kerdil lagi hina ini..

Selamat berlatih KAKAK.
terpilih ke tidak, mama tetap sokong apa yang kakak nak buat kat sekolah.
janji happy dan enjoy..


harini ada KOKO.
aku paksa dia suruh masuk pengakap.
dia kata ok je tp takut dah penuh.
tak sabar balik kang nak tunggu result dia masuk KOKO mana..
haihh... mak yang nebess..
nak sangat dia masuk pengakap sebab maknye mmg ahli tegar pengakap.cuma kawin beranaks ni kita jadi silent follower aktiviti dorang je..hehehee..


 -MrsPuex-