Assalamualaikum/Hai, Sempena cuti sekolah ini, jenama kasut Sunfeet iaitu salah satu jenama pakar kaki di Malaysia telah memperkenalkan promosi Back To School yang menawarkan harga kasut yang mampu untuk dimiliki. Saya dan keluarga berkesempatan untuk melihat sendiri kasut-kasut sekolah yang dibuat khas untuk kepentingan kesihatan kaki anak-anak kita. Sekali imbas, seperti kasut sekolah yang ada dipasaran tapi bila kita belek-belek secara terperinci dan teliti, kasut-kasut sekolah yang diperbuat dan direka khas oleh Sunfeet ini memang lain. insole yang digunakan memang sangat selesa. Sunfeet International Rehabilitation Centre Sunfeet diasaskan oleh Mr Lee Joo Wee untuk memenuhi harapan terakhir ayahnya iaitu Mr Lee Yin untuk menubuhkan pusat pemulihan orthothis dan prostetik untuk membantu lebih ramai pesakit dengan keadaan muskuloskeletal dan gangguan fizikal sejak tahun 1978. Dato Dr. Edmund Lee iaitu seorang pengasas MyOrth, jenama pakar pe...