Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, November 1, 2016

Giselle Yeong - Jatuh Cinta Dengan Tarian India Klasik

Assalamualaikum/Hai,

Masih tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kenalan-kenalan saya yang beragama Hindu. 

Bercakap tentang Hari Deepavali ni, saya nak kongsikan sesuatu yang best untuk pembaca saya semua. Kebiasaannya, kalau ada perayaan Deepavali ni, mesti ada tarian-tarian india yang penuh dengan liang lentok yang penuh dengan maksudnya yang tersendiri. kita tengok dorang menari pon dah kusyuk kemain.. ditambah pulak dengan aksesori- aksesori yang penuh di badan penari..

Hari tu saya berkesempatan untuk hadir pertunjukan a ray of unity - Happy Deepavali yang berlangsung di PUBLIKA pada 10 Oktober 2016 sehingga 26 Oktober 2016 yang lepas. 




Sepanjang di sana, saya terkesima dengan pertunjukan tarian india klasik Bharatanatyam yang dipersembahkan oleh seorang gadis cilik dari bangsa China - Miss Giselle Yeong. langsung tak kekok bila beliau menari diikuti dengan lagu india klasik. seriously, sangat mempesonakan tau!!

Saya ceritakan secara details bagaimana gadis comel berbangsa cina ni terlalu meminati tarian india klasik. 


Nama: Giselle Yeong
Tarikh Lahir : 15 Disember 2006
Umur: 10 tahun
Jantina perempuan
Bangsa: Cina
Agama: Kristian

Sejak dari umur beliau 3 tahun, beliau dah mula join menari balet atas usaha dan dorongan ibu beliau. Semasa beliau berumur 7 tahun, beliau mendapat tahu tentang tarian klasik india Bharatanatyam melalui sekeping poster. Serta-merta jatuh cinta dengan apa  yang dipakai oleh penari iaitu aksesori dan pakaian. Atas dasar minat, Giselle terus memberitahu ibunya tentang hasratnya nak mencuba dan belajar tarian india klasik ini secara mendalam dan meminta ibunya menghantar beliau ke kelas percubaan. itu pun setelah sekian lama ibunya memberikan kata putus untuk bersetuju dengan hasrat gadis ciliknya.

Giselle Yeong semasa berusia 3 tahun.

Selepas sebulan belajar tarian india klasik Bharatanatyam, Giselle benar-benar suka teramat sangat dan gurunya sering memuji beliau dan memberitahu ibunya bagaimana terujanya Giselle dalam tarian ini. Pertama kali Giselle menari solo dihadapan 20 penonton dan kemudian 40 penonton sehingga mencecah kepada  800 penonton. wowwww sangatt!!


Giselle ada memberitahu saya yang beliau berharap untuk melakukan lebih baik  pada masa hadapan dan pada masa yang sama beliau perlu menggandakan sesi latihan kerana beliau faham bahawa kejayaan tidak pernah datang mudah tetapi dengan kerja keras dan kesungguhan yang penuh.







My Dear Giselle, 
Congratulations on your achievements! Im sure more success will come your way.


presenting Bharatanatyam  dance by Giselle Yeong!
beautttiiifullll!!!
ohhsemmm!!


maklumat lanjut  perkembangan dari semasa ke semasa tentang gadis cilik ini boleh layari: