Assalamualaikum/Hai, Zoomoo Party like an animal?? yess.. my kids berpeluang menghadiri Zoomoo party yang telah diadakan di Dreamworld Playland cawangan The Starling Mall. Best rupanya zoomoo channel kat astro ni. Banyak pengisian yang bagus untuk minda dan IQ untuk kanak-kanak. Eyh bukan kanak-kanak je suka, mak ayah pon boleh terleka tau bila channel zoomoo ni ON kat rumah. Terlupa dah channel-channel best yang lain. hahahaaa.. APA ITU ZOOMOO? Zoomoo adalah saluran kanak-kanak pertama di dunia yang ditujukan sepenuhnya kepada dunia haiwan. saluran interaktif sepenuhnya ini mempunyai pelbagai jenis puppets, kartun, permainan, muzik, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk menghasilkan pengalaman televisyen dan pendidikan yang unik dari penonton yang kebanyakannya adalah dari golongan kanak-kanak. Saluran Zoomo ini telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan sepenuhnya teknologi IT untuk membantu kanak-kanak menerokai dunia haiwan, dengan cara yang menghiburkan dan p...