Assalamualaikum/Hai, Kedatangan Ramadan ramai berlumba-lumba untuk kumpul pahala sebab bulan ini Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatnya. Tidak ketinggalan, SACC Convec Sdn Bhd mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR dengan meraikan 22 orang anak -anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Puncak Desa Kepong dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam yang diadakan pada 8 Mei yang lepas. Dalam majlis tersebut, SACC Convec Sdn Bhd turut memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Insdustries Sdn Bhd. Adalah menjadi matlamat utama program ini untuk membantu sedikit sebanyak, setidak-tidaknya menyokong mereka menjadi insan yang penting kepada negara dan pemimpin pada masa hadapan. Semasa program ini, semua tetamu jemputan dirai den...