Assalamualaikum.. Zaman sekarang banyak produk-produk kecantikan dan kesihatan yang tumbuh umpama cendawan di pasaran tempatan mahupun luar negara. Salah satunya adalah produk kesihatan dan kecantikan dari Salina'z Herb. Baru-baru ni (12.12.2015) saya telah dijemput untuk menghadiri launching produk tersebut yang dirasmikan secara santai oleh Pengasas Salina'z Herb iaitu Puan Salina Abd Sani, 39 tahun di Putrajaya. Ok, saya cerita secara ringkas ya. Telah beroperasi sejak 8 tahun lepas. Salah satu syarikat bumiputera yang masih kukuh dalam bidang pengusahaan produk kecantikan wanita dan keluarga. Bermula dari tahun 2007 dengan hanya satu produk. kini, Salina'z Herb telah mempunyai lebih dari 15 produk di bawah jenama Salina'z Herb. Antara produk-produk yang mendapat sambutan hangat adalah perfect White Slym, Slimax White Cafe, Minyak Kelapa Dara dan Jus Kembali Dara. Paling membanggakan, Salina'z Herb adalah satu-satunya kedai jamu yang telah beroperasi d...