Assalamualaikum/Hai, Saja nak borak-borak kosong dengan korang.. dah lamaaaa tak taip santai macam ni.. harini aku just nak kongsi cerita pasal cengkih yang hebat diperkata zaman loni. Cengkih ini sebenarnya boleh buatkan paru-paru berfungsi dengan baik. Tapikan dah alang alang kunyah cengkih, apa kata kita cuba petua amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim, mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni. Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim dah amalkan cengkih dari usia beliau belasan tahun sampailah akhir usia beliau 90 tahun. Bukan petua musiman, tapi memang beliau jadikan amalan seharian. Menurut Allahyarham, 4 kelopak bunga cengkih adalah untuk : - kesihatan mata - kesihatan minda - kesihatan gigi - kesihatan jantung cara dia senang jek, makan cengkih dalam 10 biji sehari. Bukan kunyah kunyah gitu je tapi ada langkah-langkah dia iaitu : - kemam bunga cengkih - sedut udara dari mulut dan hembus supaya khasiat cengkih sampai ke jantung - lakukan 2-3 kali untuk satu sesi. Selain itu kalau ...