Skip to main content

Posts

Showing posts from January 20, 2017

YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES' COPAQUE

Assalamualaikum/Hai, -SIARAN MEDIA- 19 Januari 2017 : Les' Copaque Production Studio, Shah Alam, Malaysia - Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd Zarin dan Azhar Gambar bersama team New Media yang menguruskan YouTube Channel Les' Copaque  Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya. Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah meme...