Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2021

AIREEN DAH MASUK ASRAMA!

Assalamualaikum/Hai,  Betul orang cakap, rezeki tak salah alamat. Rezeki anakanda sulung kami, Nur Aireen Qaisara dapat tawaran kemasukan ke tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Dalam selangor je tapi jauhhhhhnyaaa la haiiii...100km dari umah.. UPSR 2020 - dibatalkan. yang ada ujian PKSK untuk kemasukan tingkatan 1 ke SBP. dan, aireen lulus. betul betul rezeki dia..  exam MRSM aritu dia kecundang. Tarikh keramat 6/4/2021. bermulalah episod baru kehidupan dia . jauh dari keluarga. jauh dari adik adik. demi menuntut ilmu. ilmu dunia dan akhirat. Ilmu Tauhid dan Feqah. mama papa sendiri tak mampu nak cukupkan ilmu dunia dan akhirat untuk kakak.  so dengan peluang yang ada, silalah grab!  Takpe kakak, mama papa dengan berlapang hati berlapang dada hantar kakak ke asrama di usia yang muda. mama papa nak kakak tempoh alam remaja dengan penuh keberkatan, penuh ilmu agama dan pandai berdikari untuk masa depan. dunia sekarang penuh panca roba ok! ...

Salam Ramadhan 1442 H

Assalamualaikum/Hai,  13/4/2021 bersamaan 1 Ramadhan 1442 H. Dengan rendah hati, saya mohon maaf untuk setiap kekhilafan, keterlanjuran, kekasaran dan apa sahaja yang mungkin tanpa sedar meninggalkan ketidaksenangan di hati kawan-kawan alam maya saya. Mohon maafkan semua yang buruk dari saya. Semoga Allah terima amal ibadah kita dan semoga Allah berikn kesihatan yg baik buat kita semua utk melaksanakan ibadah puasa.. in shaa Allah. Yang Masih Berdosa,  -MrsPuex-

Completed dose of Vaccine Covid19

Assalamualaikum/Hai,  SEJARAH DALAM HIDUP. 11/3/2021  - dos 1 1/4/2021    - dos 2 (completed) Alhamdulilllah. Bila bekerja dalam Kementerian yang kritikal (KKM) di musim pendamik covid19 ni, maka kami semua adalah antara yang terawal amek vaksin covid19. nak tolak, ko kena tunjuk surat sebab . maka, hadap je laa.. aku bukan frontliner tapi kadang kadang terpaksa bantu frontliner tunaikan tanggungjawab sebagai warga kerja KKM. Syukur diberi peluang kutip pahala berkhidmat untuk negara dalam tempoh kritikal ni. WFH? jangan harap.  sejak PKP 1.0 lagi takde istilah WFH untuk kami. kadang kadang terdetik jugak kejelesan rakan rakan yang boleh wfh almost setahun.. monitor sendiri anak anak depan mata. mujur jugaklah suami boleh wfh.. so dia jugak la yang handle anak anak kat umah while aku kena pegi keja. bila pikir side positif, jalan nak pegi keje sangat clear! tak jumpa jem pon tau.. sebelum ni dekat nak 1 jam smpai opis sbb mengadap jem.. bila pkp, 15 minit zassss...