Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, June 21, 2017

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Assalamualaikum/Hai,

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Alhamdulillah.. saya dan keluarga diberi peluang dan berkesempatan untuk berbuka bersama-sama anak-anak yatim di Ancasa Residents Port Dickson. Untuk makluman semua, Ancasa Residents Port Dickson telah mengadakan majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Residents , Port Dickson kepada seramai 55 orang anak yatim.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Bubur lambuk juga diedarkan secara percuma sempena menyambut ramadan yang mana bubur lambuk yang sedap cukup rempah segalanya di masak dengan penuh kasih sayang dan berpengalaman oleh chef mariam dan chef Yohanis. Lebih kurang jam 5.00 petang, bubur lambuk diedarkan kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Encik Md Shukri Yusuf dan beberapa kakitangan pengurusan hotel itu sendiri. Dengan cara ini pihak pengurusan dapat menyatakan rasa terima kasih terhadap orang ramai yang sentiasa memberi sokongan.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Program sebegini sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan . Aktiviti korporat seperti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat secara langsung.

Bagi memeriahkan majlis ini, Ancasa Residents , Port Dickson menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Port Dickson pada tahun 70an hingga 90an yang berkonsepkan 'Selera Desa - Kembara Iftar Di Port Dickson' .

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Semua pasti tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak Ancasa Residents , Port Dickson menggabungkan tema kembara iftar di port dickson bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya popular dan hingga kini memori tu tetap melekat dalam memori kita terutamanya bagi yang memang lahir dan membesar kat sini.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Ada lagi beberapa hari je lagi ramadan nak sampai ke penghujung. bagi yang masih berkesempatan, boleh cuba berbuka di sana dengan konsep buffet serendah RM45.00 (Dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 06-6627188 samb # 6. Atau boleh layari laman web www.ancasahotels.com untuk info lanjut.

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Ancasa Residents , Port Dickson dan PR Pn Roosmawati Aboo Hassan kerana sudi menjemput saya dan family untuk turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daerah port dickson.

Kenangan yang takkan pernah dilupakan.. in sya allah kalau ada rezeki tahun depan, jemputlah kami lagi ye..hehehhe. 



 -MrsPuex-