Assalamualaikum/Hai, Bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepda umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga. Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. 4 sebab dari Diana Amir dan Fara Fauzana, mengapa anda perlu menonton Siri Animasi Kalimullah dan Habibullah di Nurflix Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini,menurut Diana Amir dan Fara Fauzana: Sebab Diana Amir: 1.Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab). 2.Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cer...