Assalamualaikum/Hai, Tipulah kalau aku cakap zaman kita kekecik dulu tak pernah main permainan olok-olok.. macam macam permainan yang kita pernah buat.betulkan?? Contoh permainan olok-olok paling simple, police entry, main masak masak atau pun main kawin kawin..hahaha..bila terkenang kisah lama jadi kanak-kanak seronok jugakkan?? Bila dah jadi ibu ni, anak-anak menjadi keutamaan. Terutamanya dalam membantu perkembangan minda dan emosi anak-anak kita sementara nak tengok mereka membesar. Ada pelbagai jenis permainan yang boleh membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak seperti permainan olok-olok. Salah satu cara mudah yang aku dapat kaji selidik adalah dengan bermain secara olok-olok. anak bujang berjaya menghasilkan robot dengan lego mengikut daya kreativitinya Kanak-kanak memang gemar bermain apatah lagi jika ia dilakukan secara sukarela dan menyeronokkan. Permainan olok-olok sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari kema...