Skip to main content

Posts

Showing posts from April 5, 2022

HOSTEL LIFE BEGIN NOW!

Assalamualaikum/Hai,  Kisah nakdara , aireen qaisara. Tahun 2021 - form 1. hanya 2 bulan je dapat peluang bersekolah secara fizikal. duduk hostel pon 2 bulan jugaklah.. lagi 10 bulan, berPDPR dirumah.. lamaaaaaaaaa kan? nak buat cemana.. kita dah kena hidup dengan makhluk cobid ni.. tapi takpleha.. lega jugak anak ada depan mata.. walaupun form 1 dapat masuk SBP.. 2022. naik Form 2. 4/4/2022 dah mula sesi bersemuka secara fizikal di sekolah. sepatutnya kena hantar 3/4 which is 1st day ramadhan. tapi syukur pihak sbp bagi kelonggaran untuk masuk sekolah sehari kemudian , 4/4. mama papa amek cuti. adik adik pon amek cuti jugak. sesi lapor diri form 2/3 jam 3.15pm.  maka lebih baiklah angkut semua sekali.. senang. kot la kena buka puasa kat sana, tak kalut dah nak pikir hal anak anak. singgah beli kerepek / sekut kat kedai kerepek tajuri.. kedai ni laluan ke sekolah aireen.  nak raya nanti nak borong kepek / sekut raya kt sini je..murohhhh uols! sementara menunggu aireen bua...

BUFFET RAMADHAN BERTEMAKAN SELERA NUSANTARA DI RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC

Assalamualaikum/Hai,  Buat julung-julung kalinya Restoran Secret Garden BY SACC mengambil peluang untuk mengadakan bufet ramadhan bertemakan Selera Nusantara . Untuk pengetahuan semua, Restoran Secret Garden ini baru sahaja beroperasi sejak November 2021 yang terletak di tingkat bawah Ibu Pejabat PKNS. Dengan berlatar belakangkan keindahan Tasik Shah Alam, gaya dekorasi elegen dan minimalis, restoran ini menciptakan satu suasana tenang, luas dan mendamaikan. Bufet Ramadhan Selera Nusantara menawarkan lebih daripada 50 sajian istimewa dari dapur Secret Garden. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan seperti Udang Masak Lemak, Ayam Bakar, Sotong Berlaod, Kambing Kuzi dan banyak lagi. Yang pastinya kelazatan boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef, bahan-bahan segar dan rempah ratusnya. Antara menu-menu lain yang disajikan akan berubah setiap hari mengikut giliran. 8 gerai disediakan untuk para tetamu memilih hidangan yang diingini. ...