Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Thursday, June 16, 2016

Tips nak kurangkan gatal Penyakit Gegata

Assalamualaikum/Hai,

Penyakit Gegata.


Aku memang biasa kene benda mcm nih..
kadang tu lengan terkena bucu meja pon dah bengkak, lepas tu, tempat bengkak tu jadi panas panas.. korang penah kena macam aku kena tak??

paling tak tahan kalau bawak beg plastik pegi tesco ke, giant ke.. bila sangkut kt lengan, tak lamaa tu jadilahh lemab seperti gambar kt atas tu.. mujur cepat hilang.. tapi gatal dia hanya Allah je yang tauu..
so kat sini nak kongsi petua yang aku sedut dari FB Hairizal 

Petua Orang Kita : Penyakit Gegata.

Dapatkan lengkuas.
Potong lengkuas.
Permukaan yang dipotong tu dikelar-kelar dengan pisau sampai keluar air.
lengkuas tadi digosok kat tempat gatal
selain rasa syok digosok, ia cepat melegakan . lebih baik dari ubat KKM
gituuu..

note : kalau kawasan gegata banyak dan air lengkuas dah jadi kering, potong dan kelar lagi lengkuas tersebut dan gosok lagi.
mudah-mudahan membantu & selamat mencuba. In Sha Allah.

nanti nak cubalahh.. kene stanby lengkuas sentiasa kat umah la cenggituuu..



 -MrsPuex-

My All Time Fav During Ramadhan

Assalamualaikum..

Kuih faveret masa bulan ramadhan.

tepung pelita.

mrspuex tepung pelita

baru semalam dapat merasa kenikmatan berbuka dengan kuih feveret kite nih..
tiap tiap tahun akan beli kat kedai yang sama..
atau pon kat PARAM bukit jelutong. ada gerai tepung pelita warisan. 
nasib baik tahun ni pon kedai tu masih jual dan masih mengekalkan kesedapan yang sama.
aku ni jenis cerewet nak beli lauk kat pasar ramadhan (PARAM).
sebolehnya akan cuba masak kat umah
cuma, kalau nak pegi PARAM  tu aku akan memastikan kedai tu kedai yang penah aku beli dan sedap! biasanya food hunting kat PARAM adalah kuih kuih, murtabak, roti john.
jarang sangat nak try try kedai baru..sebab takut tak sedap dan secara tak langsung akan berlakunya pembaziran. takk sukaaa..

PARAM kat kawasan umah mostly peniaga adalah peniaga yang sama jual tiap tiap petang kat deret nak masuk uitm puncak perdana tu.
sooo memang dah tauuu sangat kesedapan setiap gerai.
kalau nak beli nasi kukus ayam berempah, terus tuju kat gerai brother 3 sekawan.
kalau nak rasa roti john marveles, terus pegi gerai abang alza putih ..
kalau nak apam balik kekecik, rangup rangup, terus ke gerai pak halim. gerai pak halim ni kalau bukan bulan puasa, dia jual apam balik je. kedai makan pon ada - tempat destinasi kalau malas nak dinner kat umah. so untuk bulan puasa ni, dia ada jual lauk pauk jugak kat gerai dia. 


PARAM kat tempat korang best ke??

-mrspuex-