Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Friday, September 23, 2016

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Assalamualaikum/Hai,

Selasa yang lepas, aku berkesempatan join pra-tonton filem  Volkswagen Kuning terbitan migonline bertempat di ecurve damansara. Ni 1st time tengok cerita seram memalam okeh! eyh, rasanya tak pernah tengok wayang cerita hantu kott..hahahahaa.. bawak anak-anak pulak tuh.. maka.. hati dup dapp dia lain macam sangat..

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

SERAM KE FILEM NI?

Filem ke115 terbitan MIG, Volkswagen Kuning diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku. Sejak dari dulu, kisah volkswagen kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini.tapi dalam filem volkswagen kuning ni, ia bukan sekadar seram tapi lebih menjurus kepada scene-scene yang suspen. tu yang lagi buat adrenaline penonton semakin mencanak2 naik . penggambaran pulak memang betul2 waktu tengah malam dan lampu pon hanya diterangi dengan cahaya lampu kereta dan sedikit pencahayaan untuk membuatkan scene tu semakin suspen . aku bukan peminat cerita seram. nak tengok pon jaranggggg sangat la.. tu yang bile dapat join pratonton ni, dia punye deborrr dari pagi membawak sampai ke malam.. fuhhh!! penangan dia.


 SINOPSIS VOLKSWAGEN KUNING


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Melalui filem ini, pengarah iaitu Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta elemen olahan yang ditambah untuk mencantikkan lagi plot sebenar kepada penonton. walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dalam cerita ini. 

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, FUAD (Pekin Ibrahim) dan SARAH (Atikah Suhaime) yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning!.

Fuad ditahan di wad manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah (Aida Othman), kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpad diduga, Sarah membawa 'pulang sesuatu' bersamanya.

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Pak Ayob(Azman Hasan), bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil siasatannya membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Kedatangan Sarah ke kampung itu telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia mengikut Sarah pulang ke bandar dan menggunakan gadis malang itu untuk membalas dendam. Apakah dendam Volkswagen Kuning akan terbalas? atau Fuad dan Pak Ayob berjaya menghalangnya? haaaa... jommlah kita ke pawagan berhampiran bermula 22 September 2016.


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Volkswagen kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28 iaitu Pekin Ibrahim serta Atikah Suhaime sebagai peneraju utama. Memegang watak sebagai pasangan kekasih, pasangan pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan bersama di layar perak. Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut sama membintangi filem ini seperti Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda. Turut sama menjayakan filem  ini adalah pelakon berpengalaman seperti Shahrolnizam, Azman Hasan dan juga Mak Jah.

Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..

Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara

Jangan lupa saksikan Volkswagen Kuning di pawagam yang berhampiran pada 22 September 2016.


barisan pelakon yang hadir untuk pratonton filem volkswagen kuning pada 20 September 2016 yang lepas.


tengkiu dato david kerana sudi menjemput kami, para blogger untuk hadir sesi pratonton filem beliau yang ke-115. terima kasih kerana mentalikan kami dengan pihak migonline dan pihak OPPO selaku penaja hadiah untuk blogger contest . Pemenang smartphone OPPO selfi expert jatuh kepada blogger cute miut iena . tahniah eina!


Filem Volkswagen Kuning Bukan Sekadar Filem Seram tapi..
terima kasih daun keladi kepada blogger otai Broframestone atas jemputan pratonton filem volkswagen kuning ni..



 -MrsPuex-