Assalamualaikum/Hai, Tahun ni rasa bertuah sangat sebab dapat bersama-sama berbuka puasa sekaligus meraikan 40 anak yatim dari sekolah rendah Ibn Khaldun dan ibu tunggal melalui program Ramadhan Fest yang bertempat di Black Box SACC Mall di minggu-minggu terakhir ramadhan haritu. Selain dapat berbuka puasa bersama-sama, beberapa acara lain diselitkan juga seperti pemberian cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim. Program Ramadhan Fest ini turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang disempurnakan oleh Fakru Radzi selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenalkan dan menaikkan nama ruang acara di SACC Mall iaitu Black Box yang diwujudkan oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) bagi memberi ruang sewaan untuk pelbagai acara selain dapat memberikan ruang buat penggiat seni untuk menonjolkan bakat mereka. Antara 23 jenama-jenama yang mewarnai Jameela Street termasuklah Ziana Zain World, Jannah by Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa...