Assalamualaikum/Hai, Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri satu karnival dan hari terbuka Tadika U Bestari yang terletak di Ampang, Selangor. Karnival ini adalah kolaborasi antara NZ Boutique bersama Tadika U Bestari yang masing-masing terletak bertentangan antara satu sama lain. Karnival ini bertujuan untuk memberikan informasi kepada orang ramai tentang kewujudan butik di kawasan perumahan ini dan memudahkan pelanggan di sekitar Ampang mendapatkan barangan vendor terpilih seperti pastri, makanan tambahan, makanan kering, pemanis mulut dan aksesori. Tema utama untuk karnival ini ialah "Re-Inventing Education" dengan menjemput Mr Middleton Malaysia, Zain Saidin untuk memberikan perkhidmatan sosial dengan memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan penguasaan bahasa inggeris kepada masyarakat. Kedua-dua bisnes ini memilih tema "Re-Inventing Education" kerana ibubapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-ana...