Skip to main content

Posts

Showing posts from June 9, 2016

Buffet Ramadhan : Gempita Rasa 29 Malam di Hotel De Palma Shah Alam

Assalamualaikum/Hai, Alhamdulillah rezeki pertama di bulan ramadhan tahun ni. Terima Jemputan beriftar di Hotel De Palma Shah Alam . jom tengok apa yang istimewa berbuka di Hotel De Palma Shah Alam ni.. Gempita Rasa 29 Malam adalah pilihan tema untuk tahun ni memandangkan bufet ramadhan ni berlangsung dari hari pertama hingga hari ke29 ramadhan. paling best, Hotel De Palma Shah Alam ini menampilkan konsep pasar malam di mana setiap menu akan dipersembahkan berkonsepkan gerai macam biasa kita tengok kt pasar-pasar malam atau bazar ramadhan di luar sana. sangat santai dan meriah dengan warna-wari dan riuh rendah setiap gerai membuatkan kita lupa kepenatan seharian di tempat kerja. juadah wajib setiap hotel. kambing panggang! Pihak Hotel De Palma Shah Alam berbesar hati mengekalkan barisan menu pilihan yang bercirikan warisan melayu kampung terutamanya masakan pantai timur, lauk-pauk kenduri dan macammmm macamm lagi.. sila tatapi barisan gambar makanan yang dihidang...