BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DI RUMAH AMAL AL FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
Assalamualaikum/Hai, BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DI RUMAH AMAL AL FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SHAH ALAM CONVENTION CENTRE Ramadhan adalah satu bulan seribu rahmat dan setiap tahun bulan ini amatlah dinanti-nantikan umat islam, kerana di bulan ini, Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatnya seperti sabda Allah swt "Apabila tiba ramadhan, telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan"hadis riwayat al-bukhari dan muslim. Sesuai dengan keberkatan bulan ramadan, ibadah bersedekah menjadi sesuatu yang lazim untuk umat islam. Alhamdulillah dengan IzinNya, selaras dengan syiar ramadan, sekali lagi pada tahun ini setelah 2 tahun berturut-turut di landa situasi pandemik, Shah Alam Convention Centre (SACC) mengambil kesempatan meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR ( Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan) untuk meraikan 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dari rumah amal al firdaus dengan buffet ramadan y...