Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, November 20, 2014

Resepi : Rendang ayam versi mrspuex

Assalamualaikum..

Kemain versi mrspuex sangat..hahaha..

Takdelah..ni resepi bonda kesayangan..

Saja share utk korang..senang je buat rendang rupanya..cuma nak tggu kering tu yang jenuh sikit..

Rendang ayam..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 8 ke 10 ke ikut sukati.bersihkan. Lumurkan dengan serbuk kunyit.ketepikan.
4 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
1 Ulas kunyit hidup*
3 biji cili padi* - nak pedas boleh taruk lebih
1 helai daun kunyit-dihiris nipis
2 senduk cili kering yang telah diblend
1kilo santan
2 sudu kerisik
1 keping asam gelugor
3 sudu minyak masak utk menumis.
Seasoning secukupnya spt garam/ gula/1 kiub ayam/2 sudu sos tiram

Cara-cara :
Blendkan bebahan bertanda *.
Panaskan minyak. 
Tumiskan bebahan * tadi.
Agak agak garing, masukkan cili kering yg dh diblend.
Biarkan sampai naik minyak.bubuh segala macam seasoning/asam gelugor. Jgn masin sangat nnti termasin masa nak keringkan.pepandai bajet ye.
Masukkan santan dan kerisik.
dah mendidih baru masukkan ayam.
Sentiasa kacau supaya tak melekat di kuali.
masak sehingga jadi seperti di gambar kat atas tu.
Last skali masukkan daun kunyit.

Sedia untuk dihidangkan.

*tips : aku masukkan ayam last skali sebab tanak ayam tu hancur lebur. Kalau guna ayam kampung/pencen baru boleh masukkan awal awal Sebab daging liat.

sedap dimakan bersama nasi impit.feeling selamat hari raya konon konon..heee..

Selesai!

Selamat mencuba!