Skip to main content

Posts

Showing posts from September 19, 2021

Jom Bawa Family Makan Dalam Sungai Di BBQLAMB KL Kemensah

Assalamualaikum/Hai,  Sesekali tu jomlah kita ubah selera bawak family makan-makan dalam sungai sambil menikmati alam semula jadi . Bosan makan dalam mall, jemu dah makan kat kedai. Walaupun lokasi dalam Kuala Lumpur tapi tempat ni jauhhhh dari kesibukan bandar. Refresh diri dengan deruan bunyi anak sungai yang damai, suasana redup dan tenang dan lokasi ruang makan yang open menjadikan tempat ini sangat unik. Jangan pelik ya tempat ni sentiasa penuh dikunjungi oleh para pelanggan dari dalam negara dan juga di luar negara. cuma buat masa ini, terhad untuk dalam daerah yang sama sahaja. paling penting sudah lengkap 2 vaksin dan patuhi SOP. Kat mana ni? mestilah kat BBQLAMB KL Kemensah, Kuala Lumpur. First time aku jumpa tempat makan yang paling rare dalam Kuala Lumpur. Bagi pencinta alam, memang inilah tempat yang paling sesuai. Sekarang kita dah dalam fasa boleh dine-in dalam daerah yang sama. So korang bolehlah try makan kat BBQLAMB KL Kemensah ni. sambil menunggu makanan sampai, k...