Assalamualaikum/Hai, Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Peminatpeminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun (9) tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya mereka akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-19 kumpulan ini. Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan. Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomse...