Assalamualaikum/Hai, Sesekali bawak anak mengenal gym pon best jugak kan?? Terkini, di The Parenthood Sunway Piramid telah memperkenalkan gym kanak-kanak yang pertama di Malaysia iaitu Zac & Zibbo Kids Gym iaitu gym yang dikhaskan untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun dan ke atas. Sebelum nak masuk ke dalam gym, kanak-kanak yang hadir, diberi peluang untuk sesi warming up yang dikendalikan oleh instrustor, Miss Cheryl. dah selesai warming up bagai, kanak- kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut umur. ini membolehkan instructor mengajar mengikut tahun. Cantik kan design dalam Zac & Zibbo Gym. Seronok anak-anak dapat peluang merasa sendiri pengalaman bermain di dalam gym, menggunakan segala peralatan yang disediakan dan yang paling penting adalah keselamatan dalam aspek penggunaan peralatan adalah sangat bagus. semua peralatan adalah mesra kanak-kanak. sooo ibu bapa kat luar sana tak perlu risau...