Assalamualaikum/Hai, Ramai orang di negara kita yang tidak tahu berenang. Ramai juga yang takut dan cemas apabila kepala secara tidak sengaja berada di dalam air ketika mandi di sungai, laut mahupun kolam renang. Tujuan utama belajar berenang tentu saja untuk mengelakkan lemas ketika berada dalam air. Bagi yang tidak pandai berenang juga boleh mendapat manfaat jika bersenam dalam air. Ia aktiviti yang menenangkan sebenarnya. Berenang atau sebarang bentuk senaman dalam air sebenarnya memenatkan, tetapi ia juga menenangkan fikiran dan menyeronokkan walaupun kita perlu mengerah otot bekerja lebih kuat untuk bergerak dalam air. Berenang adalah satu senaman yang ada manfaat tersendiri. Tidak seperti senaman areobik lain, berenang adalah satu-satunya senaman yang tidak memberi impak kasar kepada sistem tulang kita. Apabila berada dalam air, badan kita secara automatik menjadi ringan (kerana daya apungan air). Jika berendam separa pinggang, badan menjadi 50 perat...