Assalamualaikum/Hai, masih lagi dalam mode berkabung.. aku kehilangan bapa saudara kesayangan yang paling rapat dan palinggg cool.. betul orang cakap, kehilangan (kematian) adalah sesuatu yang perit.. 2 bulan lepas (17/5/2016) Pak Long(abang ipar abah) pergi mengadap Ilahi . Haji Abdul Aziz bin Sharif (mak gemok) telah kembali ke rahmahtullah pada 19 Julai 2016(selasa), jam 8 malam di hospital serdang due to heart attack.. mula warded jumaat (15/7/2016) malam sebab kena serangan jantung. cadangan nak masuk stan pada isnin 18/7/2016 tertunda berikutan keadaan beliau yang lemah.. dannnnn.. 19/7/2016 sekitar jam 8 malam, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir.. Innalillahiwainnalillahirrojiunn.. Allah permudahkan urusan beliau mengadapNya.. malam tu terus berdesuppp dari shah alam ke puchong (rumah abang jiji - anak lelaki pertama arwah) untuk melihat jenazah mak gemok untuk kali terakhir. jenazah dibawa terus dari hospital serdang.. dalam per...